Tuesday, 31 December 2013

Pihak Polis dan DBKL Di Rempuh di Himpunan TURUN [VIDEO]

Peserta Himpunan TURUN merempuh sekatan yang dibuat oleh Polis dan DBKL


Bukti Himpunan TURUN mahu Gulingkan Kerajaan [VIDEO]




Pembangkang mengatakan himpunan ini bukan lah untuk menggulingkan Kerajaan,
Tapi kita Tonton Video yang baru sahaja di rakam di hadapan Sogo Pada Jam 9:20PM,
Jelas laungan mahu 'Gulingkan Kerajaan'
Mohon Pihak berkuasa bertindak tegas kepada mereka ini yang berani mencetuskan huru hara dalam Negara.

Monday, 30 December 2013

500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan

500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan
PLAY Click to Expand & Play
Para pegawai polis Thailand ketika mengadakan protes secara aman di Plaza Royal, Bangkok pada Isnin.

BANGKOK
: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.

Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.

Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis  yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.

Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.

Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.

Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.

Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.

Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.

Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.

Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban.
Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.

Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.

Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.

Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.

Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah.

Warga Emas Takut dapat RM1 juta

Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.

Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru.

“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja.

“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

FotoRokeah Mohd Sidek

Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

Sumber: Metro

BELA: Takpe lah Nek,kalau Nenek takut saya Berani! :D

Saturday, 28 December 2013

Rafizi Ramli Kata Ada Simpan 5 Biji Bom!?? [VIDEO]



EMMA MAEMBONG MANGSA PENYELUK SAKU



Hajat pelakon popular, Emma Maembong untuk membeli- belah pada malam Krismas lalu terbantut apabila dia kerugian RM5,000 selepas beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di aras bawah pusat beli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin.

Difahamkan, pelakon drama Kau Yang Terindah berusia 21 tahun tersebut dipercayai menjadi mangsa sindiket seluk saku didalangi warga asing yang sering melakukan aktiviti jahat di premis beli-belah di kawasan segitiga emas itu.

Berdasarkan kes-kes terdahulu, modus operandi sindiket tersebut terbahagi kepada tiga iaitu menyeluk saku ketika keadaan sesak, menoreh beg mangsa dan berpura-pura pengsan.


Kosmo

Friday, 27 December 2013

Hak Kebebasan DS Anwar Ibrahim Untuk 'Favorite' Gambar GAY di Twitter!

Ini bukan Cobaan ini betul-betul, ini bukan FITNAH ini Kebenaran.
Kalau tak percaya pegi Check 'Favorite' Twitter Anwar Sekarang! Sebelum dia berubah..
Rupa-rupanya ini pun dikategorikan sebagai 'Hak Kebebasan' ye? Hahahaha..

Linda Onn Sah Isteri Kepada Ungku Azhar

Jutaan tahniah diucapkan kepada deejay popular, Linda Onn yang telah pun selamat bergelar isteri kepada Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan. Untuk makluman, Linda berusia 36 tahun sementara suaminya sekitar 40-an. Majlis pernikahan telah diadakan Setiahills, Bukit Indah, Ampang, kediaman Linda Onn selepas Asar.

gambar kahwin linda onn

Difahamkan pihak media yang hadir tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang visual ketika majlis berlangsung. Kepada anda yang ingin melihat wajah Linda dan suami di hari bahagia mereka, diharap bersabar Apa pun jutaan tahniah diucapkan kepada Linda atas perkahwinan ini.

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima

BR1M 2014 disalur terus ke akaun bank penerima
KUALA LUMPUR: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan disalur terus ke akaun bank penerima.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia akan dimasukkan ke  akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

BR1M 2014 yang memanfaatkan hampir 5.9 juta isi rumah dan dua juta individu bujang akan mula dibayar pada Februari depan

Orang ramai boleh mengemaskini  maklumat akaun bank secara online dengan melayari http://www.hasil.gov.my atau secara manual dengan mengisi borang pendaftaran.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada pasukan bajet 2014 melalui  03-8882 9089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my.

Kenyataan tersebut turut memberitahu, penerima BR1M sedia ada juga tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.

Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank.

Letupan BOM Malam Himpunan-DiDalangi Pembangkang ?!

Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.
Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli.Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh puak-puak macai mereka.
Malah perancangan itu juga turut melibatkan cybertroopers mereka yang akan berada di "ground" bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.
Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.
Sama ada email ini benar atau tidak , MMI rasa pihak berkuasa perlu segera menjalankan siasatan.
sumber theunspinners 

Tuesday, 24 December 2013

Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat Petanda Tsunami??? [VIDEO]







Lahad Datu: Penduduk di Kampung Tembisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
  Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
  Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.
  Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.
  Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah

Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian - 
"Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini."

Sumber: EddyJugaks




Misi Bantuan Banjir di Kemaman Terengganu [GAMBAR&VIDEO]






Lokasi Pertama Kampung batu 14,Kuala Tayor Kemaman,
bersihkan pinggan mangkuk yang ditenggelami Banjir








Lokasi kedua, Kampung batu 13 Kuala Tayor Kemaman Terengganu,
Bersihkan perkarangan dan peralatan di Surau Kampung Batu 13.







VIDEO Luahan Mangsa Banjir di Kemaman, CLICK SINI

Misi Bantuan Banjir di Sungai Isap Kuantan [GAMBAR&VIDEO]

 Sukarelawan Puteri UMNO diketuai oleh Naib Ketua Puteri Malaysia Zahida Zarik Khan sampaikan barang keperluan harian sumbangan daripada UMNO Bahagian Kuantan kepada mangsa banjir di Sungai Isap Kuantan.







 Turut sama Roslina Binti Ibrahim Ketua Puteri UMNO Bahagian Kuantan.
VIDEO perjalanan sukarelawan Puteri CLICK SINI




Saturday, 21 December 2013

Bekas Pembantu Peguam Anwar Ibrahim Ditawar RM300,000!!!


KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendakwa beliau ditawarkan wang tunai RM300,000 agar tidak membantu peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dakwanya, tawaran tersebut dibuat melalui orang tengah di tempat letak kereta di Kelab Selangor, dipercayai ada kaitan dengan kebimbangan pihak tertentu jika beliau membantu Muhammad Shafee berikutan banyak maklumat sulit pasukan peguam bela Anwar masih dalam pengetahuannya.

Yakin dengan pendedahan itu, Yuktes menerusi kenyataannya di portal http://www.anwaraidc.com dengan tajuk 'Pendedahan Eksklusif: Anwar Ibrahim & Kes Liwat II-Yuktes Vijay' mencabar Anwar mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.

Pada masa yang sama beliau juga mendakwa hubungan antara Anwar dengan bekas peguam belanya, Sankara Nair, kini sedang berdepan dengan masalah menyebabkan peguam terkenal itu tidak mewakili Ketua Pembangkang tersebut dalam kes rayuan liwat kali ini.

"Saya kesal, hubungan dengan manusia baik seperti Sankara yang putus. Mengapa? Kenapa? Apa dah jadi adalah cerita untuk hari lain. (Namun) Dengar khabar juga Anwar dalam proses memujuk Sankara," dakwanya sebagaimana dipetik dari anwaraidc.com hari ini.

Dalam pada itu, Yuktes memberitahu pasukan pendakwaan dalam kes rayuan liwat kali ini mempunyai sembilan asas yang cukup kukuh menyebabkan Anwar dan pasukan peguam belanya cuba melengah-lengahkan kes dengan cara mahu menggugurkan Muhammad Shafee.

Katanya, sembilan asas itu yang menggusarkan Anwar serta pasukan peguam belanya dan adalah tidak benar, dakwaan mengatakan Ketua Pembangkang tersebut kononnya takut dengan kehebatan Muhammad Shafee kerana beliau tidak pernah kalah kepada peguam berkenaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131222/po_05/Dakwa-ditawar-RM300,000#ixzz2o9IOxpRo 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Luahan Mangsa Banjir di Kemaman Terengganu,Menteri Ada Datang??? [VIDEO]

Video dirakamkan di Masjid Batu 14,Kuala Tayor Kemaman Terengganu (15 Disember 2013)

Tuesday, 17 December 2013

SKANDAL ADI PUTRA JAWAB ISU TAYANG LURAH (8 GAMBAR)




Nooraida menjawab isu tayang lurah dada kepada rakyat Malaysia. Setelah dihentam dan dikutuk, isteri comel kepada Hj Amiruddin bin Othman, akhirnya membela dirinya.

Berikut kenyataan ringkas Kenapa Nooraida dadanya terdedah di Sidang Media



Rupa-rupanya Nooraida terpaksa dedah lurah dada kerana butang baju tercabut.








Berhentilah mengutuk ya dia tak sengaja nak buat macam mana kan ? Kita yang lihat ni tak sengaja tengok tak pa kan