Sunday, 28 July 2013

GEMPAR!!! Buaya Tembaga 1 Tan Mati Terdampar Di Selangor!!




Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing kira-kira lewat malam kelmarin.

Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai. 
“Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak. 
“Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui petang semalam.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, berkata, penemuan itu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidupnya sepanjang tempoh 10 tahun menjadi nelayan sungai di kawasan itu kerana berdepan dengan buaya jenis muara tembaga yang cukup besar.
“Namun ramai rakan lain pernah cakap mereka pernah terserempak dengan buaya jenis itu dengan saiz lebih besar namun reptilia itu tidak pernah mengganggu atau mengganas terhadap nelayan yang mencari makan di sepanjang Sungai Selangor yang kaya dengan udang dan pelbagai jenis ikan. 
“Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing di kawasan sungai ini tapi tidak pernah haiwan itu mengganggu nelayan atau kaki pancing yang sering mengunjungi Sungai Selangor untuk memancing udang yang terkenal dengan saiz yang agak besar,” katanya. 
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat. 
“Kita tidak boleh memberi sebarang komen buat masa ini berhubung punca kematian, usia, jenis jantina dan saiz sebenar kerana menunggu keputusan bedah siasat nanti dan penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan di negeri ini,” katanya. 
“Sebelum ini kita tidak pernah menerima laporan penemuan buaya dengan saiz yang agak besar bagaimanapun sehingga kini kita juga tidak pernah menerima aduan berhubung keganasan buaya di sepanjang sungai ini yang mengakibatkan kematian,” katanya. - Metro

Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch Ditembak

SEREMBAN: Polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R. Sri Sanjeevan semalam bermotifkan dendam.

Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata bagaimana pun perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

"Pihak polis juga sudah mengambil kenyataan dari rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan dari semasa ke semasa akan berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.

Osman berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi melancarkan siasatan  yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.

Beliau berkata mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini, setelah mendapat rawatan di Hospital Jempol.

Beliau berkata mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya hari ini.

"Bagi menjaga keselamatan mangsa, pihak polis turut menempatkan anggota yang akan menjaga mangsa di hospital," katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memandu ke Taman Cempaka  untuk menjemput rakannya keluar minum di Pekan Bahau.

Semasa dalam perjalanan selepas menjemput rakannya, mangsa menurunkan cermin sisi keretanya jenis BMW untuk menghisap rokok dan memperlahan keretanya apabila tiba di satu simpang.

Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC kemudiannya dikatakan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang mengenai dan menembusi siku kanan sebelum terkena rusuknya.

Salah seorang lelaki itu cuba menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa yang masih sedar terus memecut keretanya sejauh 300 meter sebelum meminta rakannya memandu dan membawanya ke hospital.

MyWatch yang dinaungi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan merupakan badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.

Sri Sanjeevan yang bertindak selaku pengerusi badan itu sebelum ini lantang menyuarakan dan membuat laporan polis berhubung aktiviti perjudian haram di negeri ini terutama di Jelebu dan Jempol dan pernah menerima ugutan dan ancaman di atas tindakannya itu.

Dalam pada itu, Osman berkata rakan mangsa yang bersamanya semasa kejadian tembakan itu, ditahan tengah malam tadi berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata suspek dikehendaki sejak awal tahun ini dan polis bertindak memberkasnya di Balai Polis Bahau semasa dia datang membuat laporan berhubung kejadian tembakan itu.

"Penahanan rakan R. Sanjeevan ini tidak ada kena mengena dengan kes tembakan ini. Ia adalah kes yang berasingan kerana dia memang dikehendaki sebelum ini.

"Jadi jangan ada pihak cuba membuat spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan polis," katanya.

Friday, 26 July 2013

Pemimpin Pembangkang Ditembak Mati!

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Tunisia Mohamed Brahmi(gambar), yang mengetuai pergerakan popular, Parti Pimpinan Rakyat, mati ditembak di hadapan kediamannya.

Pembunuhan Mohamed adalah insiden kedua dalam tempoh setahun, mencetus protes di seluruh negara.

Mohamed, anggota parlimen ditembak lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.

Sejurus berita pembunuhannya tersebar, penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi mengadakan protes.

Demonstrasi turut berlangsung di hadapan kementerian dalam negeri.

Pembunuhan serta protes yang tercetus susulan itu dilihat permulaan kepada insiden yang bakal menggugat kestabilan negara afrika utara ini.

Ia ditambah dengan gesaan kesatuan sekerja yang mendesak satu mogok besar-besaran pada jumaat.

Pembunuhan Mohamed dikecam Perdana Menteri, Ali Larayedd.

Februari lalu, pemimpin politik Chokri Belaid turut ditembak, hingga memaksa perletakan jawatan Hamadi JKbali sebagai perdana menteri.

Pemimpin Pembangkang Ditembak Mati!

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang Tunisia Mohamed Brahmi(gambar), yang mengetuai pergerakan popular, Parti Pimpinan Rakyat, mati ditembak di hadapan kediamannya.

Pembunuhan Mohamed adalah insiden kedua dalam tempoh setahun, mencetus protes di seluruh negara.

Mohamed, anggota parlimen ditembak lelaki bersenjata yang menaiki motosikal.

Sejurus berita pembunuhannya tersebar, penunjuk perasaan turun ke jalanan bagi mengadakan protes.

Demonstrasi turut berlangsung di hadapan kementerian dalam negeri.

Pembunuhan serta protes yang tercetus susulan itu dilihat permulaan kepada insiden yang bakal menggugat kestabilan negara afrika utara ini.

Ia ditambah dengan gesaan kesatuan sekerja yang mendesak satu mogok besar-besaran pada jumaat.

Pembunuhan Mohamed dikecam Perdana Menteri, Ali Larayedd.

Februari lalu, pemimpin politik Chokri Belaid turut ditembak, hingga memaksa perletakan jawatan Hamadi JKbali sebagai perdana menteri.

Thursday, 18 July 2013

Isu Tanah 'Back Fire' Kepada PAS

 


"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. " - Datuk Seri Ahmad Said

Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyatnya bukan sesuka hati mengambil tanah rakyat ketika memerintah Terengganu selama ini.

Isu tanah hanyalah isu lama yang sengaja diulang-ulang kerana PAS ataupun pembangkang. Mereka cuba menarik perhatian rakyat di Kuala Besut selepas tidak ada isu baru yang hendak dibangkitkan pada sesuatu pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan berlangsung 24 Julai ini.

Bukan sekadar membahagikan tanah kerpada rakyat tetapi Kerajaan Negeri Terengganu turut membeli semula tanah orang Melayu yang terjual di bandar Terengganu melalui Tabung Warisan Negeri bagi ‘menyelamatkan tanah terlepas ke tangan asing’.

Diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bahawa  lebih 50 lot sudah terjual dan Kerajaan Negeri berbelanja beratus juta ringgit bagi tujuan ini kerana banyak tanah yang ‘sudah terlepas’ antara Bulatan Penyu di Ladang hinggalah ke Flat Kolam dalam bandar raya Kuala Terengganu.
Walaupun ada pihak menyifatkan langkah Menteri Besar, Ahmad Said ini sebagai ‘rasis’ namun, namun atas dasar mahu mengekalkan pegangan orang Melayu dan mengekalkan orang Melayu dalam bandar, langkah ini terpaksa dilakukan.


Kawasan yang dikatakan banyak tanah orang Melayu terjual.
Hakikatnya, Kerajaan Negeri BN sudah menyerahkan hampir 12,000 tapak rumah dan hampir 8,000 tapak pertanian sejak mengambil alih sejak Ahmad Said mengambil alih sebagai Menteri Besar pada 2008.
Melalui dasar ‘Demokrasi Tanah’, turut mendapat tanah ialah Exco Kerajaan Negeri, pembesar, pentadbir dan semua pihak, khususnya penjawat awam dan guru.
Kerana itu, Menteri Besar bertegas, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
Katanya, wakil rakyat berkenaan, seperti juga anak negeri tersebut yang lain, berhak memohon dan memiliki tanah tersebut.


Beliau mengakui bahawa setiap orang daripada empat pemimpin Umno Besut tersebut memiliki satu hektar tanah setiap seorang di kawasan Bukit Dendong, Mukim Tembila dalam daerah Besut.
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. "Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. "Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Besut semalam.


Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan PAS yang meminta kerajaan negeri menarik balik tanah yang diberikan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di Kuala Besut pagi semalam mencabar timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan beliau memulangkan semula tanah berkenaan.


Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan', dan bukannya "dimangsai".
Dzulkefly mendakwa, tanah berkenaan diberikan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi ADUN Jerteh. Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah berkenaan ialah MP Besut pada masa itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, ADUN Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad.


Nawi yang juga ADUN Hulu Besut pada hari Isnin lalu telahpun mengakui bahawa beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan bahawa rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri.
Amat jelas, PAS mengitarkan isu lama dengan membangkitkan soal tanah yang dianugerahkan kepada empat pemimpin Umno di Besut.


Sedangkan, PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu, dakwanya. Pemimpin PAS tidak henti-henti menfitnah Kerajaan BN Negeri zalim dalam isu pembahagian tanah dan mendakwa merampas tanah rakyat selain membahagikan tanah kepada kroni.
Mereka melemparkan tuduhan itu untuk menutup perbuatan mereka yang salah dan melampau termasuk sewenang-wenangnya mengaku tanah umpamanya di berhadapan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), di Jalan Santong, Paka (rujuk Lebong 16) sebagai milik mereka.
Selain itu, mereka berbohong mengatakan Kerajaan BN zalim menghalau orang Melayu bandar demi pembangunan selain membahagi-bahagikan tanah untuk kroni.


Yang wajar diketahui ialah Kerajaan Barisan Negeri melaksanakan ‘pendemokrasian tanah’ melalui slogan 1Rakyat 1Lot Tanah. Untuk kali pertamanya melalui pentadbiran Ahmad Said, kerajaan negeri Terengganu MENYATAKAN DENGAN JELAS bahawa rakyat negeri tidak kira penyokong parti apa atau fahaman politik mereka berhak mendapat sebidang tanah, sama ada tapak rumah atau tanah pertanian.
Ini bermakna setiap anak watan akan mempunyai sebidang tanah, iaitu aset yang begitu diperlukan dan begitu bernilai untuk setiap keluarga. Kerajaan BN Terengganu tidak seperti ketika pemerintahan PAS, menyelesaikan banyak kes berhubung tanah di negeri ini, termasuk pemberian hak milik kepada penduduk yang layak disebabkan penggunaan teknologi maklumat secara meluas dalam sistem pentadbiran tanah yang cekap.

Untuk Lebih Lanjut Click -> SINI

Saturday, 13 July 2013

Lagi Islam Di Hina,Siapa Dalang?

Semakin hari semakin teruk dan biaDAP penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam.
Diharap pihak berkuasa seperti PDRM,SKMM lebih tegas dan cepat ambil tindakan terhadap mereka yang semakin hari semakin berani melakukan macam-macam bentuk provokasi Agama.




Terlalu kurang hajar menghina Islam..

Kalau anda sayangkan Islam tolong report ya!!

Link -> https://www.facebook.com/Izlam.is.Shit.Always


Calon PAS N01 Kuala Besut Bersumpah Tidak Akan Tinggalkan PAS

Klik Gambar Untuk Video

Diantara dua sumpah ini,dimanakah perbezaannya,adakah kerana seorang daripada mereka Ahli PAS yang dikatakan 'Maksum' dan seorang lagi adalah seorang pemuda yang teraniaya yang menyabitkan Sahabat mereka dalam pakatan Pembangkang.


Sunday, 7 July 2013

BiaDAP! Red Bean Army Gelar Melayu PENDATANG!



DEBAT MELAYU PENDATANG: SSTDMM VS WWW (Read Bean Army?)

Hai wo wowwow winnie. Saya sudah meneliti hujah saudara/saudari. Di bawah ialah jawapan saya.

Sekali lagi nasihat saya, betulkan tatabahasa anda dulu ya sebelum nak berhujah dan berdebat dengan saya? Serius, BANGLA CAKAP MELAYU pun lagi cantik daripada anda yang cuba jadi Malaysian dengan merosakkan bahasa kebangsaan itu sendiri. Inilah masalahnya bila tak menguasai bahasa Melayu. Saya ingin tekankan apabila saya bercakap mengenai sejarah bangsa Melayu, ini tidak bermakna bahawa saya MENGHINA BANGSA LAIN.

Saya dah nampak SIMPTOM KIASU dalam diri anda. Sekali lagi say atekankan saya tidak pernah mengatakan bahawa bangsa anda pendatang dan sebagainya dalam post saya mengenai Vivian walaupun kalau kita melihat pada hakikat sejarah, benda itu memang hakikatnya kerana saya menghormati sensitivity anda. Tetapi, saya hanya mahu patahkan hujah yang mengatakan bahawa MELAYU ITU PENDATANG tanpa sedikitpun menyentuh sensitivity kaum cina. Ada faham? Please… jangan salahkan UMNO di atas apa sahaja yang berlaku. Parti itu tak ada kaitan dalam perhujahan kita.

Oh ini pemikiran kiasu…. Apabila saya mengangkat SEJARAH BANGSA MELAYU, maka ANDA BERFIKIRAN BAHAWA, SAYA MAHU HALAU ANDA… SAYA MAHU BANGSA CINA DAN INDIA serta BANGSA LAIN DI DUNIA DI HALAU DARI DUNIA ini. TIDAK!!!

Saya menghormati bangsa Cina dan India. Mereka sahabat saya juga. Tetapi oleh kerana minat saya sebagai pengkaji sejarah bangsa saya, saya punya hak juga untuk memperkatakan tentang sejarah bangsa saya bukan? Macam orang Cina mempromosikan sejarah negara mereka ke dalam pelbagai bentuk platform, sebagai contoh permainan video, di mana fasa zaman 3 Kerajaan diletakkan di dalam permainan video. Apa saya tidak punya hak berkenaan?

Apakah menulis mengenai sejarah Melayu dianggap sebagai MENGGURIS PERASAAN CINA? Oh… kamu ni memang BENAR-BENAR SI ULTRA KIASU. Okey, saya, bagi gelaran anda sebagai ultra-kiasu. Puas hati tak?

Berbalik kepada penghujahan kita pada hari ini, soalan anda ialah berbunyi begini:

1) Dari mana perkataan Melayu berasal?
2) Sejak bila perkataan Melayu ini mula digunakan untuk menyebut sesebuah kaum?

Kenapa saya bercerita mengenai Austronesia untuk menjawab kepada anda apa itu Melayu? Kerana ianya merupakan asas dalam Pengajian Melayu itu sendiri kalau untuk mengenali bangsa Melayu. Sekarang saya anggap bahawa anda sudah faham siapa itu Melayu bukan? Okey, bercakap mengenai asal usul perkataan Melayu itu sebenarnya agar sukar untuk diperdebatkan. Terdapat beberapa teori yang membawa kepada munculnya perkataan Melayu itu. Mari bersama saya untuk belajar mengenainya.

Pertama, teori yang mengatakan bahawa nama Melayu datang daripada perkataan Mala. Bangsa Mala yang kemudiannya menurunkan banyak bangsa di dunia seperti Melayu. Teori ini kalau dikaji akan membawa kita kepada teori Keturah, nenek moyang bangsa Melayu itu sendiri. Daripada Keturah ini turunnya bangsa Mala yang kemudiannya menghubungkan kepada kewujudan Melayu hari ini. Topik ini masih didebatkan oleh para sejarawan di dunia.

Teori kedua pula mengatakan bahawa perkataan Melayu ini asalnya daripada sebuah kerajaan Melayu yang berdekatan dengan Palembang, sebuah ibu negara Empayar Melayu Srivijaya yang bernama Malayu yang kemudiannya menyerap masuk ke dalam Empayar Melayu Srivijaya iaitu Moloyu. Bahkan kerajaan ini disebut dalam banyak catatan dunia.. Sebagai contoh, saya petik catatan I-Ching mengenai kerajaan ini.

Siapakah insan yang bernama I-Ching? Namanya sebenarnya ialah Yijing dan beliau ialah pendeta daripada dinasti Tang yang mahu melanjutkan pelajaran dalam agama Buddha. Sebelum dia tiba di Universiti Nalanda di India, I-Ching harus singgah ke Empayar Melayu Srivijaya untuk mendalami lagi agama Buddha.

Catatan I-Ching masih segar untuk ditatap oleh kita semua.

"...tiba dan menginap selama 6 bulan. Mempelajari tatabahasa Sanskrit di sini. Sang raja memberikan daku bantuan dan menghantar daku ke negeri yang bernama Moloyu...." – I Ching.

Nampak perkataan MOLOYU itu?

Mengenai sejak bila Melayu ini mula digunakan untuk menyebut sebuah kaum, amat sukar untuk kita terokai sejarahnya. Tetapi, berdasarkan rekod-rekod sejarah, kita mungkin boleh meneliti sampai ke seawal Champa berdiri sebagai sebuah kerajaan di IndoChina dahulu. Mungkin seawall Langkasuka. Kerana kerajaan-kerajaan ini dikenali oleh para pedagang sebagai kerajaan Melayu, mereka mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu purba.

Puas hati anda? Tapi saya tak nampak persoalan-persoalan ini merujuk kepada bagaimana Melayu itu merupakan pendatang?

Kamu ada menyebut mengenai Chih Tu, sebuah kerajaan yang lokasinya adalah terletak di timur Semenanjung Tanah Melayu, mungkin di Kelantan. Ya, kerajaan tersebut diasaskan oleh orang Buddha. Dan… orang Buddha itu ialah orang Melayu. Apa masalah tentang perkara ini? Tak ada masaah bukan? Chih Tu tetap kerajaan orang Melayu walaupun ORANG MELAYU YANG MENGASASKAN KERAJAAN INI.

Saya rasa Chih Tu disebut dalam Buku Teks Sekolah. Anda mesti tidur kan mas subjek sejarah di sekolah? Cuma… ianya tak dikaitkan DENGAN MELAYU sahaja dan ITU JUGA MENYEDIHKAN SAYA.

Hang Tuah pengikut Hang Li Po? Boleh saya ketawa sekejap… SAYA NAK KETAWA. Hahahahaha…. Okey, cukup. Apa hujah anda mahu mengatakan bahawa Hang Tuah itu cina? Nama beliau? Hang Too Ah? Boleh saya ketawa? Jangan cakap pasal bangsa saya kalau anda bergaul dengan mereka pun tidak pernah.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Radeng ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini. Jadi, anda mahu cinakan bagaimana? Hang A. Lee? Hang Is Kandar? Hang Na Dim? Hahahaha… kelakar.

Bahkan daripada Tuah, Jebat, Lekiu, Lekir itu sendiri mempunyai maksudnya tersendiri. Nama tuah bermaksud bernasib baik. Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Hang Tuah ialah pahlawan daripada dinasti Ming? Apa bukti atau fakta kes anda? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah. Nama Hang Tuah disebut dalam Sulalatus Salatin sebanyak 170 Kali dan 7 Bab diperuntukkan untuk menceritakan kisah beliau.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, Kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil selepas mendapat perkenan juga merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Tentang penemuan sejarah Buddha dan hindu sebelum Melaka sebenarnya telah banyak kali diceritakan oleh saya. Kisah bagaimana sami Buddha dan Hindu daripada China dan India tunduk di kaki sami-sami Melayu, mahu menuntut ilmu daripada mereka. Saya ceritakan mengenai Empayar Melayu Srivijaya. Saya ceritakan mengenai bagaimana Srivijaya membantu pembinaan Universiti Nalanda di India. Anda baru masuk page ni barangkali…

P.S: Tolong jangan mempermainkan nama tuhan kami untuk tunjukkan betapa "HOLIER THAN THOU"-nya anda. Terima kasih.

-HE-

SUMBER: FACEBOOK:


Saturday, 6 July 2013

BLACKOUT505 - VIDEO - Aktivis SAMM Dilayan macam 'Anjing'





Satu je BELA nk cakap. KESIAN. Kbai! =D

GAMBAR NGERI WANITA HAMIL DIGILIS LORI!


GAMBAR WANITA MENGANDUNG DIGELEK LORI DAN TERBERANAK DI TEMPAT KEJADIAN | Difahamkan mangsa merupakan seorang wanita yang bakal menjadi ibu. Ketika wanita yang sedang berbadan dua itu sedang asyik menunggang motorsikal, tiba-tiba dia hilang kawalan dan telah dilanggar lori.Janinnya telah terkeluar dari perut dan kedua-dua nyawa telah terkorban di tempat kejadian. Kejadian berlaku di Thailand.
------------------------------------------------------------------
KALAU BERANI TERUS SCROLL! =D
------------------------------------------------------------------
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



VIDEO GEMPAR !!!! SAAT TENTERA MAHU MENANGKAP PRESIDEN MORSI

Lebih Lanjut SINI

Friday, 5 July 2013

Ustaz Don Berang nama Beliau dipergunakan.



Dalam Entry sebelum ni BELA dah KANTOI kan Admin Pages Pro Parti Islam Se-Malaysia (JKKK Fan Club) ni pergunakan Pages PALSU Ustaz Don untuk buruk burukkan TV3.

Untuk kali ni lagi teruk korang KANTOI bila tuan punya badan iaitu Ustaz Don sendiri bagi WARNING supaya siapa yang berkenaan Hentikanlah dari terus pergunakan nama beliau untuk menyebarkan dakyah Politik.
Atau bakal berdepan tindakan lebih tegas,Report Polis dan SKMM. 



Gambar gambar ni membuktikan yang mana Original yang Sebenar berbanding yang PALSU tapi konon di Original kan puok puok ni..




Aku rasa Ustaz Don pun sebenarnya malas nak layan korang ni,banyak lagu kerja kerja yang beliau nak buat,bukan macam korang 'Keyboard Warior' Hahaha
Tapi demi nak bersihkan nama dia dari terus dipergunakan,terpaksa la jugak keluar kenyataan macam kt bawah ni. 


BELA harap mana yang rasa prihatin tu boleh tolong sebarkan dan bagitahu kawan kawan yang mana PALSU dan yang mana BETUL. 
Kalau puok puok PAS tu tak tahu la dia boleh terima ke tak kan,sebab dah KANTOI banyak kali pun masih ada lagi yang nak percaya. 
Tapi sekurang kurangnya pembaca atas pagar dapat informasi yang sebenar. 

Last sekali BELA nak pesan. 
Kepada Admin JKKK Fan Club hentikanlah buat kerja kerja JAHAT tu. 
Sebab ko tu penyokong PAS,macam mana persepsi orang kepada Agama kita?

Untuk Admin Pages PALSU Ustaz Don tu cepat cepat lah Delete Pages dan Undur secara terhormat :D
-------------------
*Sorry AmenoWorld aku curi gambar ko,Tapi tak lah teruk kan sebab aku tak buang Watermark ko. Hahaha. :D

Himpunan BlackOut Padang Merbuk Kejayaan Untuk Rakyat

Walaupun kita dah masuk bulan baru,tapi BELA rasa terpanggil untuk menulis tentang himpunan BlackOut Padang Merbuk 622 yang lepas.

Sebab apa?sebab BELA ada di himpunan tu dari Mula sampai lah acara kemuncak iaitu ucapan DS Anwar Ibrahim di sebelah petangnya.

Ada beberapa perkara yang BELA nak sentuh disini. 

1)Crowd yang datang takde lah seramai himpunan sebelum ni contohnya di Kelana Jaya sampai penuh Stadium.
Masih ada yang usung anak kecil turun DEMO.Ishhh3..


2)Himpunan Padang Merbuk ni bagi BELA hanya bertujuan untuk mengekalkan momentum dan doktrin kebencian Penyokong Pakatan terhadap kerajaan BarisanNasional.Bukan nak bantah atau TOLAK KEPUTUSAN SPR pun. 

3)Antara yang paling banyak dilaungkan pada masa tu adalah "SPR TIPU", "SPR LETAK JAWATAN" BELA tak dengar sepatah pun laungan dari Pimpinan ya g menyebut akan BOIKOT angkat sumpah Parliment. 



4)Ramai juga yang BELA nampak pendemo seolah olah tak tahu apa tujuan mereka berkumpul di 7 Lokasi dan Berjalan kaki ke Padang Merbuk pada masa tu. 


5)Ada pula yang datang dengan Harapan akan beraksi,bertempur,merusuh dengan FRU macam yang mereka dah buat dalam siri BERSIH 1,2,3.Ingat yang datang tu semua nak berhimpun secara aman ke?Jgn POYO la... :D



6)Jadi bila tiada Aksi,buang masa jela datang dari jauh keluar duit poket isi minyak semua (Ada Juga yg dibayar) :D
Datang semata-mata berhimpun,berarak,menjerit jerit,penyudahnya sampai di Padang Merbuk kena dengar pemimpin Berceramah (BOSAN). 
Ini antara luahan peserta demo sendiri yang datang haritu,bukan BELA nak mereka cerita. 


Dalam Entry yang akan datang BELA akan cerita antara Kejadian Kejadian yang berlaku masa himpunan tu. 
Tunggu... :D

PANAS! Perbelanjaan Rosmah di luar Negara



Aku yakin maklumat yang Saifuddin Nasution dapat dan spin dibawah bukan datangnya Sahlan Nasution walaupun mereka adik beradik.Mesti Amerika melalui agen FBI,CIA dan BOND 007 mereka yang salurkan kepada Saifuddin termasuk maklumat tentang berapa kali Rosmah kencing dan kentut sewaktu bershopping hari tu.Mana mungkin,Sahlan seorang yang "setia dan jujur" kepada @NajibRazak dan tidak "sekali"(kalau tidak sekali berapa kali?) menyalurkan "maklumat sulit" kerjaan kepada pihak musuh.
Tidak sekali! Tidak sekali! Tidak sekali !
Jadi berapa kali?
1. Lawatan Najib dan Rosmah ke Pameran Biotech di Bouston Amerika Syarikat.

2. Rosmah membawa 20 orang pengiring semata mata mahu “shopping handbag” dan akhirnya sebanyak 74 beg tangan dibeli…

3. 20 pegawai tersebut terpaksa membuat tinjauan dahulu sebelum membawa Rosmah membeli belah.

4. Urusan membeli belah di Los Angeles memerlukan kenderaan sebanyak 15 buah kereta.

5. Datuk Seri Najib membawa rombongan bermain golf di Bouston dimana kos “green fees” untuk kesemua 15 flights ditanggung oleh Menteri Kewangan Diperbadankan…


Bagaimana Saifuddin boleh memperolehi maklumat maklumat eksklusif sebegini tepat..? Siapakah dari dalam pejabat Najib yang tergamak untuk membekalkan maklumat kepada Saifuddin..??

Video Pendedahan Saifuddin Nasution Click SINI

KANTOI: Dalang disebalik Acc Facebook PALSU Ustaz Don.


Pages Facebook JKKK Fan Club yang juga penyokong kuat Ustaz Azhar Idrus dan Parti Islam Se-Malaysia sebarkan Print Screen Kenyataan dari Facebook Pages Ustaz Don Daniyal ( Original ) yang kononnya Ustaz Don mengkritik kenyataan dari TV3 tentang kepimpinan Dr Morsi di Mesir.

 

1.Aku rasa Admin JKKK ni pun tahu yang Pages tu bukan milik Ustaz Don dan Ustaz sendiri dah menafikan yang beliau tuan punya badan lansung tak terlibat dan tak tahu menahu tentang Pages
Ustaz Don Daniyal ( Original ),buat-buat tak tahu dengan Niat nk Burukkan TV3 ke?
Lepas tu boleh la kata TV3 Media UMNO ni Jahat kan? Hahaha

https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Don-Daniyal-Original-/375092805837184



jadi dah KANTOI kt sini yang Pages Pro Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ni penyebar berita tak tepat atau kalau nk lebih faham lagi Berita FITNAH. Hahaha..

2.Pasal kenyataan yang kononnya dari Ustaz Don tu pun masih tak dapat di Buktikan Admin JKKK
Aku Puas tengok balik Berita TV3,Cari sana sini tang mana yang TV3 kata Dr Morsi sebagai Pemimpin DIKTATOR.. Jadi dah KANTOI Kali Kedua disini.. Hahaha..

3.Seterusnya ni kita bongkar lagi Posting2 yang di buat Pages Ustaz Don Daniyal ( Original ) yang bersifat Politik,sedangkan Umum dah tahu macam mana pendirian Ustaz Don tentang Politik..
jadi dari Posting2 macam ni kita boleh tahu,siapa di sebalik Account pages tersebut..







Akhir kata, dari aku Kalau pun nk dapat 'Political Mileage' tak perlu la sampai pergunakan nama Ustaz2 yang semua orang dah tahu mereka ni tak sebelah mana2 dalam Politik ni..
Cukup la guna nama Ustaz2 korang yang dok Berpolitik dalam Ceramah2 yang dia buat.. Hahahaha..

- Harini kita KANTOI kan PENIPUAN & FITNAH yang di Sebar Pages Pro Parti Islam Se-Malaysia JKKK Fan Club tu dulu,kalau perlu esok2 kita Dedahkan pula Muka Admin diSebalik.. Tunggu....

-------------------------
Sorry la kalau Penulisan Aku tak Best,Sebab baru je berjinak-jinak Menulis Blog ni..
Biasanya Aktif di Tweeter,Youtube dan buat Poster je..
Saya Budak Baru Belajar.. =D