Monday, 30 September 2013

Pemilihan DAP dan Dinasty Lim...


Apa Lagi YB Khairy Mahu???


Berikut adalah wawancara Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin bersama Berita Harian mengenai pemilihan UMNO dan perancangan beliau untuk Pemuda UMNO bagi penggal akan datang.

Pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan 12 Oktober ini juga menarik perhatian ramai kerana penyertaan begitu ramai calon. Selain Khairy Jamaluddin, yang akan mempertahankan jawatan, ada empat lagi mendaftar sebagai calon, Sabtu minggu lalu. Mereka terdiri daripada Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar. Bagi Khairy, soal sesiapa juga yang bertanding tidak mendatangkan masalah kepadanya, lagipun beliau antara pemimpin yang menyokong pindaan Perlembagaan UMNO yang membolehkan ahli bertanding atas semangat keterbukaan dalam parti.

Dalam temubual baru-baru ini, Khairy membuat perbandingan mengenai zaman beliau bertanding ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO dan secara bersendirian sekarang. Ikuti temubual wartawan BH, Razak Rashid Ghows dengan beliau.

Wartawan: Kenapa saudara menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda dan tidak bertanding jawatan lebih tinggi?

Khairy: Saya melihat kerja saya dalam Pemuda UMNO masih lagi belum selesai. Saya sudah meletakkan fasa pertama ketika menjadi Ketua Pemuda di mana kita beri tumpuan kepada langkah menstrukturkan semula Pemuda UMNO. Tujuannya bagi menjadikan Pemuda badan yang fokus kepada masalah orang muda dan penyelesaian seperti isu pekerjaan, pendidikan, perumahan, iaitu lebih berorientasikan isu berbanding dulu. Sebelum ini ia lebih retorik politik, sekarang lebih kepada penyelesaian. Fasa kedua bagi memastikan perubahan ini dapat diinstitusikan melalui program pendidikan politik baru di mana kita mahu lahir ramai lagi pelapis yang mempunyai pandangan moden dalam politik di mana perjuangan untuk agama, bangsa dan tanah air tetap menjadi teras kita. Ahli politik dan pemimpin politik muda yang memahami cabaran yang dibawa politik baru, soal isu tadbir urus yang baik, hak asasi manusia, hubungan kaum dan sebagainya supaya kita dapat kembalikan sokongan orang muda kepada Barisan Nasional (BN) dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.


S: Apakah itu bermakna saudara tidak berpuas hati dengan pencapaian Pemuda UMNO sejak mengambil alih jawatan itu pada 2009?

J: Saya puas hati dengan pencapaian setakat ini, cuma kita kena melanjutkan prestasi kita. Kita kena pastikan apa yang kita dapat buat selama ini dapat ditanamkan ke akar umbi. Ada pelbagai cabaran untuk kita gerakkan Pemuda dari segi pentadbiran, dari segi semangat ahli. Kita kena beri tumpuan lebih kepada soal kepemimpinan. Bila kepemimpinan pada peringkat bahagian itu kuat dan punyai idealisme tinggi, kita dapat lahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber peringkat bahagian dan kita dapat meningkatkan prestasi keseluruhan. Saya menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebab penggal pertama, saya tidak ada jawatan dalam kerajaan. Penggal kedua sudah dapat amanah menjaga Kementerian Belia dan Sukan. Saya nampak kita boleh bawa agenda ini bersama di mana saya jaga belia negara dan juga Pemuda dalam UMNO itu sendiri. Kekuatan itu saya akan guna untuk tingkatkan lagi prestasi Pemuda UMNO.

S: Ke mana hala tuju Pemuda UMNO yang saudara akan bawa atau agenda Pemuda UMNO selepas ini sekiranya terpilih semula?

J: Agenda saya ialah untuk menjadi tempat pertemuan atau ‘interface’ utama bagi UMNO dan generasi muda. Kita tahu bahawa generasi muda menjadi kuasa besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan juga akan menjadi kuasa besar dalam PRU-14. Kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan pengundi muda Melayu antara umur 21 hingga 30 tahun, kira-kira 54 peratus menyokong BN pada pilihan raya lalu. Itu petanda baik bagi kita, tetapi pengundi muda daripada kaum lain tak berapa menyokong BN. Itu cabaran untuk kita, macam mana UMNO boleh memainkan peranan bagi meningkatkan sokongan daripada orang muda Melayu dan macam mana boleh bantu BN untuk cuba meyakinkan yang lain juga. Jadi hala tuju saya masih lagi ‘politikal’, macam mana untuk bawa undi pada pilihan raya akan datang.


S: Ternyata saudara sudah melalui pelbagai dugaan dan jatuh bangun dalam politik. Bagaimana saudara melihat peluang kali ini?

J: Setiap kali bertanding saya serah kepada perwakilan atau pengundi, cuma kita boleh buat yang terbaik dengan menawarkan idea atau wawasan yang jelas. Yang selebihnya kita serah kepada perwakilan. Saya menang pada 2009 dalam keadaan yang susah. Waktu itu orang kata menantu Presiden UMNO dan sebagainya, tetapi presiden yang hendak keluar, Pak Lah (Abdullah) pada waktu itu hendak meletak jawatan. Jadi ia tidak beri apa-apa kelebihan kepada saya. Tapi dalam keadaan itu masih lagi boleh menang, lawan bekas menteri besar, lawan seorang yang ada nama besar dalam UMNO tetapi dapat mengatasinya, Alhamdulillah berkat sokongan daripada kawan-kawan. Jadi kali ini pun saya buat yang sama, bukannya saya mahu kekalkan jawatan ini untuk diri saya, tetapi saya menjawab panggilan perjuangan. Jadi saya serah kepada perwakilan sebab saya sudah tahu jatuh bangun dalam politik, peritnya bila kita jatuh, apa perasaannya selama empat tahun. Saya tidak tahu peluang saya macam mana dan saya serah pada budi bicara perwakilan. Saya yakin perwakilan boleh menilai sebab nak jaga Pemuda dengan keahlian hampir 650,000 dan jaga pentadbiran bukan perkara senang. Kita menghormati setiap calon yang menawarkan diri, tetapi kalau tak ada pengalaman jadi Ketua Pemuda bahagian atau cawangan, macam mana nak jaga organisasi nasional yang ada 650,000 ahli.


S: Dulu saudara bertanding dalam bayangan ‘Perdana Menteri’, kali ini bertanding sebagai Khairy Jamaluddin tanpa bapa mentua. Kini saudara menghadapinya bersendirian?

J: Saya tidak melihatnya sebagai masalah sebab pemilihan lepas pun tidak bawa apa-apa kelebihan kepada saya (sebagai menantu Perdana Menteri). Sebabnya, pada pemilihan lalu beliau adalah Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan, presiden yang akan melepaskan jawatan, jadi tak ada apa-apa pengaruh pada saya.

Baca Selanjutnya -> BroJinggo

Rokok Percuma di Negeri Pakatan.

Berita baik kepada Rakyat yang tinggal di Negeri Pakatan, anda akan dibekalkan ROKOK PERCUMA.

Saturday, 28 September 2013

YB Khairy Jamaluddin Pertahankan Maruah Pemuda! Tahniah!

"Kedudukan AJK Pemuda Pusat lebih tinggi daripada AJK Bahagian," kata Khairy.Bekas exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz telahpun menghantar surat rayuan kepada Jawatankuasa Pemilihan semalam untuk terus bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti 19 Oktober depan.

Manakala hari ini Tun Faisal akan menghantar surat rayuan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tun Faisal menerusi laman Twitter miliknya selepas mengetahui beliau tidak tersenarai untuk bertanding merebut jawatan MT UMNO.

Rayuan itu dibuat ekoran namanya dengan nombor calon 60 tiada dalam senarai calon-calon yang telah disahkan bakal bertanding merebut jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Difahamkan Pengerusi Unit Media Baru parti itu tidak melepasi syarat minimum untuk melayakkan beliau bertanding jawatan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ditemubual dalam satu majlis di Tampin, Negeri Sembilan petang tadi menyatakan penyingkiran nama Tun Faisal dari senarai pencalonan disebabkan oleh masalah teknikal dalam Perlembagaan baru UMNO yang tidak menyebut AJK (exco) Pusat dapat turut bertanding jawatan MT.
 
BACA JUGA DI BLOG JENDELA MAYA (KLIK!) LEBIH LANJUT 1peluru.com (KLIK)

Sama-sama kita Doakan agar rayuan untuk Tun Faisal tersenarai semula sebagai Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpihak kepada beliau.. Amin..


Friday, 27 September 2013

Minyak Tak Naik, Barang Pun Tak Naik..


Minyak Naik ? Berita Terikini.. Wajib Baca!!

 Sana sini orang bercakap pasal Harga Minyak akan naik bermula malam ni..
Ada yang dah beratur panjang dengan Stesen minyak untuk isi penuh tangki..

Rupa-rupanya Rakyat Malaysia sudah kena main lah..
Yang nak naik harga minyak urut rupanya.. Kahh3! :D



Nak Tahu Naik Tak Naik Click -> SINI

Minyak Petrol Ron95, Naik Lagi???Mohon Penjelasan Datuk Ahmad Maslan.

Seperti biasa puak-puak pembangkang memang handal dalam menyebarkan khabar angin.
Harap kita lebih berhati-hati dalam hal ni..

Ini penafian dari Datuk Ahmad Maslan selaku timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Thursday, 26 September 2013

UMNO dan PAS akan bersatu bila ada Kematian???



Memang inilah yang sering berlaku dalam kehidupan kita,bukan sahaja dalam parti Politik,
Tapi dalam hubungan kekeluargaan juga..
Bila ada satu musibah atau kematian baru lah akan berlakunya penyatuan..

Baru-baru ini kita baru sahaja kehilangan seorang pemimpin PAS iaitu bekas Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan, diwaktu pengurusan jenazah kita dapat lihat ada ramai pemimpin Politik tak kira dari UMNO dan PAS hadir untuk memberikan penghormatan dan sama-sama mendoakan Al Marhum Ustaz Azizan..

Adakah ini adalah permulaan kearah Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan PAS?
Seluruh negara tahu kedudukan Islam dan Melayu makin terancam selepas keputusan PRU13 yang lalu.
Siapa lagi yang mampu untuk perbetulkan semua ini kalau bukan UMNO dan PAS?

Sejarah membuktikan kedua-dua parti ini pernah bersama, jadi tidak mustahil kita boleh bersama semula demi kepentingan Agama Bangsa dan Tanah Air.
Sama-sama kita Doakan..

Lagi Gambar-gambar di sini -> paritbuntarrebels

Jangan Kerana 'Teknikal' Tun Faisal digugurkan dari Senarai Calon !!!

Wednesday, 25 September 2013

Ustaz Azizan Meninggal Dunia

ALOR SETAR 26 Sept. - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Azizan, 69, yang dilaporkan kritikal semalam meninggal dunia kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.
Jenazah akan dikebumikan selepas solat asar. - UTUSAN ONLINE

-- Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,semoga Roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.



Tuesday, 24 September 2013

Dr Maza Jumpa Pak Guard Yang di tendang Isteri Mat Yo

Mat Yo Tak Takut Bini???


Isteri Mat Yo buat kecoh

Petaling Jaya: Insiden kekecohan membabitkan isteri pemain bola sepak negara dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini, baru-baru ini, tersebar meluas di media sosial mulai kelmarin.

Rakaman berdurasi 54 saat itu, turut menampakkan wajah Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali Mat Yo, yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.


Insiden itu berlaku pada jam 11.42 pagi, 12 September lalu.
Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.

Enggan mengulas

Mat Yo ketika dihubungi, malam tadi, enggan mengulas insiden berkenaan dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, pula mengesahkan menerima dua laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh dan melakukan kekecohan di tempat awam.

Sementara itu, Azman mendakwa ketika dia sedang mengawasi lalu lintas di kawasan berkenaan, sebuah Mini Cooper putih berhenti di tempat letak teksi.

Azman mendakwa penumpang kereta itu meminta kebenaran untuk berhenti seketika dengan alasan mahu membeli tiket.

Bagaimanapun, selepas hampir 10 minit, kenderaan yang dipandu Mat Yo tidak beredar menyebabkan Azman meminta pasangan itu beredar.

“Saya minta mereka beredar ke tempat letak kenderaan awam jika mahu berhenti lebih lama supaya tidak mengganggu lalu lintas.

“Tindakan saya mengundang rasa tidak puas hati wanita itu (isteri Mat Yo) yang mempertikaikan tindakan saya, selain mendakwa mereka kerabat diraja dan suaminya bekerja dengan Tengku Mahkota Johor (TMJ).

“Selepas berulang kali meminta mereka beredar, wanita itu mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi dengan mengatakan saya bodoh dan dayus, selain merakam (menggunakan telefon) dari dalam keretanya,” katanya yang ditemui di Skypark, LTSAAS, semalam.

Elak gambar dirakam

Berikutan itu, Azman menghampiri kereta pasangan berkenaan untuk menghalang wajahnya daripada terus dirakam sebelum wanita terbabit menaikkan cermin kereta.

Katanya, kejadian itu diperhatikan Mat Yo yang keluar dari kereta ketika isterinya melemparkan kata-kata kesat.

“Mungkin kerana melihat tindakan saya menakutkan isterinya, Mat Yo menolak saya beberapa kali sebelum isterinya keluar dari kereta dan menendang celah kangkang hingga menyebabkan saya cedera,” katanya.
- BERITA HARIAN

Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan? Video Pengakuan !!

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO



Isteri Mat Yo Maki Pak Guard -> VIDEO

Monday, 23 September 2013

Nak Cerita je,Kenapa Perlu pilih Tun Faisal Calon No60 Majlis Tertinggi !


Macam tajuk artikel ini, bukan nak kempen cuma hendak cerita kepada 140,000 para perwakilan kenapa perlu memberi peluang kepada Tun Faisal Ismail calon Majlis Tertinggi UMNO bernombor 60 menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 pada Oktober nanti.
Pada awalnya saya terkejut apabila KJ mengumumkan nama Tun Faisal (TF) antara empat nama dari 'Team Pemuda' yang mendapat pengesahan dan sokongan (endorsement) oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Bagi saya Pergerakan Pemuda UMNO melalui KJ telah membuat pilihan yang tepat bagi 'meremajakan' UMNO sekaligus memastikan ada wakil untuk membawa hasrat dan suara dari kalangan orang muda di dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
Kenapa saya kata pilihan tepat...?
Pertama - Bila kita mencalonkan seseorang untuk membawa suara anak muda, calon tersebut mestilah dipilih dari kalangan mereka yang mempunyai pengalaman mendampingi serta mampu menyelami kehendak golongan muda.
Pengalaman saya bersama UMB, saya berani katakan TF banyak terlibat dengan aktiviti berbentuk 'engagement' bersama golongan muda yang dianggap kumpulan penentu survival UMNO dalam PRU14. 
Foto TF bersantai bersama kumpulan mahasiswa UiTM
Melalui program berbentuk santai serta tidak diselit dengan aktiviti yang dianggap bosan oleh golongan muda beginilah TF menjawab serta menerangkan dasar-dasar parti serta kerajaan. 
Program-program pendampingan ini bukan sahaja melibatkan golongan anak muda dan belia dari kalangan mereka yang berbangsa Melayu malah ia turut melibatkan belia berbangsa India dan juga Cina.
rileks dan sporting antara ciri-ciri yang membuatkan TF disenangi anak muda
Antara 'engagement' TF bersama belia berbangsa India
ialah program sehari yang memfokuskan peranan belia terhadap masyarakat 
Kenapa saya kata TF pilihan yang tepat...?
Baca Selanjutnya: Double-Y

Isteri Norshahrul Idlan Talaha MAT YO ??? Marah Pak Guard (VIDEO)


Saturday, 21 September 2013

YB Khairy Jamaluddin berang dipanggil 'Bangla' !


Baru je bermula tempoh Pemilihan UMNO,tapi dah ada cerita macam ni..
Harap-harap calon yang bertanding lebih Profesional dan Rasional dalam berkempen.

Monday, 16 September 2013

Kibar Bendera Separuh Tiang Tanda Menghormati Kematian Chin Peng


Lebih Lanjut: SINI

Gambar Ngeri Konvoi SYM Pulau Pinang Kemalangan di Kuantan!

KUANTAN – Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi SYM dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.



Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada Pulau Pinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.





Sumber: http://www.utaranews.com/2013/09/toyota-hilux-rempuh-konvoi-sym-ppinang.html

Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia Ke7

CLICK GAMBAR UNTUK VIDEO DS ANWAR UMUMKAN KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT PADA PRU13

Wednesday, 11 September 2013

Individu Sabotaj Logo PDRM di RTM Terima Hukuman !!!

KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM semalam.

Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang hari ini untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - Bernama



Kalau macam ni punya kesilapan memang nampak sangat lah ia di sengaja kan..
Sebab tak mustahil dalam RTM juga ada staff mereka yang pro pembangkang..
Apa-apa pun BELA ucap tahniah atas tindakan tegas yang telah dikenakan terhadap individu berkenaan..