Monday, 17 February 2014

Mazidul Tampar Blogger Pembangkang Omak Kau !!!


Blog pro-pembangkang, Omak Kau! masih cuba menegakkan benang basah. Apapun, biar hujah dibalas hujah.

Secara semberono, dia melabelkan saya, pengendali blog pro-UMNO. Barangkali dia tidak menyedari, saya hanya penulis bukan taksub kepartian, mengambil inisiatif mendedahkan fakta sekiranya dikelirukan oleh kelompok tertentu. 


Omak Kau! harus tahu, saya tidak pernah terbabit dalam bidang politik. Apatah lagi mengampu pemimpin politik di Malaysia. Amat jarang saya menulis mengenai isu poitik, jauh berbeza dengan tugasan rutin Omak Kau!. 
Penjelasan mengenai kesilapan tarikh dan waktu rakaman video dipaparkan di Buletin Utama, TV3 pada 15 Februari lalu telah dijelaskan, klik di sini.

Omak Kau! kemudian mempertikaikan baju dipakai oleh Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar. Dakwa Omak Kau! tiada logo 1Malaysia di baju itu, oleh itu dia mendakwa visual terbabit direkodkan pada tahun 2007.

Teliti 2 gambar di bawah, disebarkan oleh pengendali blog pembangkang.


Logo 1Malaysia di dada kanan Jamawi memang tidak kelihatan kerana tertutup dan gambar Jamawi gelap di bahagian dada. Saya puji 'art work' terbabit kerana menyiarkan hanya gambar pegun terpilih untuk tatapan umum sekaligus menyokong hujah mereka.

Artikel Penuh: Mazidul Akmal

BELA: Memang dah rutin harian Blogger & Cybertroopers Pembangkang sebar Fitnah,
Apa nak diherankan? PR dan FITNAH berpisah tiada!
Tahniah kepada Mazidul kerana berjaya melondehkan penipuan dan Fitnah Blogger Omakkau.

Sunday, 16 February 2014

Gambar Najib dalam Gereja Tersebar! Anwar Di Fitnah!

Semalam gambar DS Anwar Ibrahim memberi ceramah didalam Gereja tersebar
luas di Media Sosial seperti Facebook dan Twitter. Ia dapat buatkan Puak-puak Cybertroopers PR terdiam sekejap, tak tahu nak spin ikut mana dah.

Tiba-tiba BELA terjumpa posting gambar DS Najib dalam dewan gereja yang sama dengan gambar  DS Anwar tapi kali ini dari Pages Pro Pembangkang.

BELA sempat 'Save' dan print screen posting yang berunsur FITNAH tu.
(Harap-harap Admin Pages tu tak DELETE posting selepas 'DiKantoikan' )

Seperti biasa puak-puak pembangkang akan guna apa cara sekali pun untuk menutup sikap Hipokrit,terdesak dan Gelojoh pemimpin agung mereka Anwar Ibrahim yang dikatakan bertaraf dunia.

Lepas satu satu penipuan dan FITNAH pembangkang lakukan.
Memang betul lah pendapat yang mengatakan pembangkang di Malaysia ni 'Low Class'



Ps: Puak-puak Pembangkang ni tak boleh tidur lena kalau tak sebar FITNAH agaknya. ishh3!!!

Penipuan Produk Halal! Harap lebih Berhati-hati! #JihadEkonomi



Isu penipuan produk makanan halal di Malaysia.

Penipuan produk makanan halal menjadi isu utama dihadapi para pengguna Islam di Malaysia yang turut menjejaskan keyakinan terhadap status halal sesebuah produk.

Bagi umat Islam, menjaga kebersihan dalam setiap aspek pemakananan merupakan suatu kewajipan syarie yang dimanifestasikan dalam konsep 'Halalan Tayyiban' disebabkan kaitannya dengan pembentukan fizikal, kesucian spiritual, kejernihan minda dan keberkatan hidup.

Namun, kes-kes penipuan masih berlaku walaupun pihak Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hub halal duma. Faktor utamanya, sikap pihak pengusaha, yang hanya memaksimumkan keuntungan di sebalik label halal di mana para pengguna Islam pula menjadi mangsa.

Dapatkan info-info mengenai produk halal bumiputra yang harus kita semua sokong di page KPPMi... sila klik banner di bawah...

https://www.facebook.com/pages/Kuasa-Pembeli-Pengguna-Melayu-Islam-KPPMi/127025924161565


Sumber: 1Peluru

Saturday, 15 February 2014

Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir



Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai mendakwa bahawa OPS Lalang pada tahun 1987, sebenarnya berpunca daripada tindakan Anwar yang menghantar guru-guru yang tidak mahir bercakap cina ke sekolah cina. Tindakan beliau itu, menyebabkan bantahan besar-besar persatuan cina yang mendukung sekolah jenis venakular itu.

Sementara itu Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memainkan peranan penting menjayakan Ops Lalang pada 1987 menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sambil menafikan tuduhan Anwar bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi yang menyaksikan 108 pemimpin politik dan aktivis ditahan, Dr Mahathir berkata sebagai seorang anggota Kabinet ketika itu, Anwar perlu bertanggungjawab. “..kecuali kalau beliau berkata, saya meletak jawatan kerana tidak bersetuju. Dia tidak pernah berkata seperti itu. Beliau setuju, sokong semua termasuk ISA,”

Dr Mahathir juga menyifatkan Ketua Umum PKR itu sebagai ‘ahli putar belit’ dan bukan pemikir ideal, dan PKR ditubuhkan semata-mata untuk mencapai cita-citanya. Katanya, Anwar sentiasa mempotretkan dirinya sebagai manusia yang tidak pernah bersalah dan berdosa, demi kepentingan peribadi dan karier politik.

“Dia punya parti itu bukan Parti Keadilan tetapi Parti KeAnwaran, semuanya untuk Anwar dan keluarga dia, bukan untuk bangsa, agama dan lain-lain. Malah bukan untuk ideologi. “Dia memang ahli putar belit, ahli (parti) menafikan apa yang dia kata dulu dan memberi imej baharu seolah-olah dia ini tak pernah berdosa, tak pernah salah dan selalunya betul. Kalau Anwar betul, hari ini dia jadi Perdana Menteri,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang ramai dengan cara berilmiah, tetapi pada hakikatnya beliau bukan seorang pemikir atau pemimpin yang boleh memimpin negara ini. “Dia bukan pemikir, tetapi dia pandai berpidato. Dia pandai bercakap untuk meyakinkan orang tentang kebenaran dirinya. Orang yang menggunakan perkataan untuk kepentingan, bukan menggunakan perkataan untuk kebenaran. Inilah Anwar.


“Bila dia cakap, bunyi cukup baik. Sehingga saya pun yakin. Dia menggunakan akal fikirannya untuk memutar belit dengan cara berilmiah,” demikian menurut mantan Perdana Menteri itu seperti yang dipetik BERNAMA.

Wednesday, 12 February 2014

Qusof al-Qaradawi Puji Datuk Seri Najib buat Anwar Pening Kepala!


Ilmuan Islam terkemuka Prof Dr Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi mengutuskan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pelbagai sumbangan dan tindakan penting beliau untuk masyarakat Islam di seluruh dunia.

Ini termasuk lawatan Najib ke Gaza, pertemuannya dengan penduduk Palestin, pendirian beliau dalam isu Syria dan Mesir serta usaha perdana menteri untuk membantu umat Islam di Filipina dan Thailand.


Penghargaan presiden Kesatuan Ilmuan Islam Antarabangsa (IUMS) itu disampaikan kepada Najib oleh wakil khasnya Dr Ahmad Amer Ali, yang juga anggota jawatankuasa IUMS, pada pertemuan mereka di pejabat perdana menteri di sini Rabu.

Dr Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada pukul 2.45 petang dengan diiringi bekas Timbalan Presiden PAS Dr Nasharuddin Mat Isa bagi menyerahkan surat al-Qaradawi kepada Najib.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan itu, Dr Ahmad berkata al-Qaradawi memuji kunjungan Najib ke Gaza untuk menunjukkan sokongan beliau kepada rakyat Palestin dan menyuarakan keyakinannya bahawa perdana menteri mampu memainkan peranan penting dalam menyatupadukan umat Islam di Asia Tenggara.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi juga memuji pendekatan Wasatiyah yang menjadi amalan Malaysia dan penubuhan Institut Wasatiyah Malaysia.
Katanya ulama Mesir itu masih ingat layanan baik yang beliau terima ketika berkunjung ke Malaysia untuk menerima anugerah “Tokoh Maal Hijrah 2009″.

Dr Ahmad berkata al-Qaradawi berharap dapat berkunjung ke negara ini sekali lagi dalam tempoh terdekat, mungkin bulan depan.
Sementara itu, Nasharuddin berkata beliau difahamkan Dr Ahmad, yang merupakan sahabatnya, menyampaikan sendiri surat yang diutus al-Qaradawi kepada perdana menteri dalam pertemuan itu.

Kata Nasharuddin beliau difahamkan antara kandungan surat yang dibawa Dr Ahmad itu ialah keyakinan al-Qaradawi terhadap kemampuan perdana menteri dan parti pemerintah dalam mewujudkan penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia serta di seluruh dunia Islam.

“Saya difahamkan, secara spesifik, al-Qaradawi juga memuji lawatan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini yang menyaksikan banyak kerjasama dan persefahaman dalam pelbagai isu dicapai.

“Al-Qaradawi ada menyebut bahawa Malaysia dan Turki sebenarnya adalah model negara Islam yang sederhana, yang sepatutnya menjadi contoh kepada dunia Islam keseluruhannya,” kata beliau.

Nasharuddin berkata beliau berpendapat kenyataan al-Qaradawi berhubung penyatuan dan perpaduan ummah di negara ini serta di peringkat antarabangsa, adalah saranan yang bernas dan perlu mendapat respons semua pihak.BERNAMA

Sunday, 9 February 2014

Budak Perempuan 7 Tahun Mati Lemas Di Kolam Renang Kediaman Khalid Ibrahim !

SHAH ALAM: Rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor bertukar tragis apabila kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas di kolam renang di sana.
Amanda Dany Shah sedang bersama-sama dengan ibu bapanya yang menyediakan perkhidmatan katering untuk rumah terbuka anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Negeri Selangor (Pekawanis) pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ​​berkata siasatan mendapati Amanda telah berjalan-jalan seorang diri manakala ibu bapanya sibuk menyediakan makanan.
“Gadis itu ditemui di kolam renang yang terletak di tingkat atas kediaman,” kata beliau ketika dihubungi.
Menurut sumber, seseorang telah menarik Amanda keluar dari dalam kolam dan cuba menyelamatkannya sebelum ambulans tiba dan digegaskan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di mana dia telah diisytiharkan mati kira-kira pukul 7 malam.
Polis menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.30 petang dan sebuah kereta peronda telah dihantar untuk menyiasat.
Azisman berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beberapa jam selepas kejadian tragis itu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menulis di Twitter mengucapkan takziah kepada ibu Amanda, Rini Sutari.
“Takziah Kepada Puan Rini Sutari & Keluarga, katerer Majlis Tahun Baru Cina PEKAWANIS, atas kehilangan puteri Amanda Dany Shah. Al- Fatihah,” Khalid menulis.
Setiausaha akhbar Khalid Arfa’eza Aziz berkata beliau menghadiri majlis di Kuala Selangor pada masa kejadian itu.
“Terdapat kira-kira 400 tetamu di rumah terbuka yang diadakan di dewan di tingkat bawah kediaman,” katanya ketika dihubungi. - mStar

Sunday, 2 February 2014

Nasrudin Tantawi Sindir Anwar,Tanda PAS akan bercerai dengan Pakatan !


Al-Kisah PRK Kajang makin hari makin panas, makin banyak respon yang diberikan.
Kalau Troll tu tak terbilanglah banyaknya, sampai tenggelam isu Kangkung.
Kecaman demi kecaman dilontarkan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang BELA tulis semalam SINI

Ku sangkakan musim panas akan bertukar mendung, rupa-rupanya makin hari makin nak menjadi terik.
Terbaru sekali lagi Mantan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan membuat posting sindiran kepada Anwar.
Link: Nasrudin Hassan VS Anwar
(BELA kena letak Link kalau tak puak-puak sengal Pembangkang kata kita reka cerita)

(Terima Kasih UMB-X untuk Art Work ini)

Nampak gayanya PAS betul-betul tak berpuas hati dengan apa yang Anwar telah lakukan kepada mereka,
Yang sebenarnya dari dulu lagi,cuma mungkin baru kini PAS nak tersedar.
Takpe lah sekurang-kurangnya ada kesedaran dari terus di-Kuda-kan oleh Anwar dan DAP.

BELA tertarik dengan ayat akhir "Namun ada juga yang tidak berselera dengan satay kajang"
sudah semestinya ia bermaksud ada atau ramai dalam PAS sendiri memang tak suka dengan Anwar.
Cuma terpaksa bersekutu dengan Anwar dan DAP untuk menumbangkan UMNO pada PRU13.
Malang bagi mereka Allah masih tidak memberikan kemenangan,mohon bermuhasabbah.. K-Bai!

Nombor Akaun CIMB Akan Bertukar Esok



Ya ! Mulai esok (6.00AM Monday, 3 February 2014), semua nombor akaun CIMB akan bertukar kepada 10 digit sahaja berbanding 12-14 digit sebelum ini. Macam mana nak tau nombor akaun baru ? Caranya login CIMBClick dan pergi menu “My Accounts > Account Number Lookup”
cimb-tukar-nombor-akaun
Sumber : http://www.cimbclicks.com.my/upgrade.html
Ada sebarang pertanyaan ? terus berhubung dengan CIMB customer care hotline at 1 300 880 900 (within Malaysia),+603 2295 6100 (from overseas) or email us at callcentre@cimb.com.

Saturday, 1 February 2014

PAS Boikot PRK Kajang hanya Propaganda.


27 Januari lepas negeri Selangor digemparkan dengan perletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh dari PKR, dan semestinya Pilihanraya Kecil (PRK) terpaksa dijalankan.

Kebiasaannya PRK diadakan apabila ada wakil rakyat yang sakit atau pun meninggal dunia seperti dua PRK yang telah berlansung selepas PRU 13 yang lalu iaitu di Kuala Besut dan Sungai Limau.

Apa yang menariknya dengan isu Kajang? Jalan cerita Drama ini sama dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh pada Mac 2008 apabila penyandangnya Wan Azizah meletakkan jawatan dan beri laluan kepada suami beliau Anwar Ibrahim.
Tiada keuzuran, dan Wan Azizah pun masih hidup lagi sampai sekarang.



Kali ini sekali lagi Rakyat terpaksa melayan karenah Peribadi Anwar Ibrahim yang rakus,tamak dan gilakan kuasa.
GAGAL untuk duduk di Kerusi Perdana Menteri di Putrajaya, beliau cuba nasib di Kajang pula.
Dengan harapan apabila menang dapat merampas jawatan Menteri Besar Selangor yang sebelum ini menjadi rebutan antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Nampak macam mudah kan? Letak jawatan dan beri laluan kepada rakan dalam Parti.
Jadi Pengundi di Selangor siap sedialah perkara yang sama mungkin akan berlaku di kawasan DUN lain pula terutamanya yang dimenangi oleh PKR.
Asalkan dapat memuaskan nafsu pemimpin PKR akan buat apa sahaja.
Slogan 'Demi Rakyat' terbukti hanyalah Retorik dan bahan mainan semata-mata.








Pelbagai kecaman dilontarkan kepada PKR atas tindakan 'Khianat' mereka kepada pengundi yang sudah memilih pada PRU13.
Bukan sahaja dari Parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN).
Rakan pakatan meraka dari PAS turut sama rasa kesal terhadap tindakan yang dianggap membelakangi rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat Pembangkang.
 

Antara yang memberi kecaman mantan Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi,
Yang merasakan Parti mereka dilayan seperti 'Parti Tupperware' Sumber (Click)


Tak ketinggalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Mohd Nor Hamzah,
Yang menyatakan
PKR sepatutnya tidak mengkhianati rakan dalam pakatan pembangkang dalam menentukan apa juga keputusan. Sumber (Click)

Dari Dewan Ulama PAS lebih Extreme bila mereka merasakan lebih baik jawatan Meteri Besar Selangor dikembalikan kepada PAS. Sumber (Click) Pemuda PAS Selangor Ancam Boikot kempen PRK Kajang Sumber (Click)

Terbukti tindakan Rakus PKR telah mengakibatkan kecelaruan Politik yang bukan sahaja memberi kesan kepada rakan Pakatan tetapi yang paling teruk jadi mangsa adalah rakyat.
Terjerat dan terus dibuli bertubi-tubi.

Persoalan BELA, adakah PAS Konsisten dalam pendirian dan kecaman mereka?
Ataupun mereka akan membuat 'U-Turn' apabila mendapat tawaran menarik ($$$) dari Anwar Ibrahim? Sekarang ni dua-dua kita tak boleh percaya 100%. Macam dialog dalam Filem 3 Abdul P.Ramlee ni. Hehehe.






Ps: President PAS dah respon ke belum? Ke 'Playsafe' ?