Sunday, 20 April 2014

Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal

Puaka Gua Tempurung sebabkan kematian Karpal, dakwa Raja Bomoh

 
 
KUALA LUMPUR: Selepas berusaha membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang  lebih sebulan, lelaki yang mengelar dirinya sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' kini kembali beraksi untuk mencari kebenaran di sebalik kematian Karpal Singh pula.

Ini ekoran gambar Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang dilihat berjalan di sekitar kawasan di mana mendiang Karpal meninggal, sambil memegang suatu objek serupa sebuah mangkuk, disebarkan dengan meluasnya di laman sosial media.

Walaupun belum dipastikan tujuan beliau berada di kawasan itu, laman web Suara TV melaporkan bahawa  Ibrahim mendakwa kematian mendiang Karpal berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung  dan beliau telah pergi ke lokasi itu, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’.

Laporan itu turut berkata bahawa laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam.

"Semoga usaha yang saya lakukan itu akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi," beliau dilaporkan berkata sejurus melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat itu.

Sementara itu, pengguna Twitter kebanyakkannya menyindir perbuatan Raja Bomoh itu.

Ada yang berkata perbuatannya memalukan masyarakat Melayu di negara ini dan ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan beliau.

Sebelum ini, Raja Bomoh telah mencuri tumpuan kejadian MH370, apabila beliau antara lain, melakukan ritual ala-ala 'tikar terbang' dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya serta melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing untuk mencari lokasi pesawat itu.

Tindakannya yang mendapat liputan antarabangsa telah disindir oleh pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Read more at: AWANI

Wednesday, 16 April 2014

[VIDEO] KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN !!!


Karpal Singh maut kemalangan ! Apa kata Perdana Menteri ? (CLICK)



Karpal Singh maut kemalangan ! Apa kata Perdana Menteri ?



TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. -  Utusan


Ucapan takziah daripada Datuk Seri Najib Razak kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh.
Beliau mendapat berita sejurus sahaja tiba di Ankara Turkei.
Walaupun berbeza fahaman politik tapi rasa simpati dan ucapan takziah tetap diberi. Respect !

[VIDEO] KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN !!! (CLICK)


MH370: KAMI MASIH MENARUH HARAPAN !



Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu," katanya.

Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama. "Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi).  Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian),"katanya.

Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Datin Seri Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.

"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong.
Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya. Ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.

"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui," katanya.

Katanya, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.
Turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.

"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.
Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.

Admin : Sama-samalah kita terus berusaha dan berdoa atas semua yang belaku ini, elakkan bertindak diluar etika dan normal masyarakat kita sebagai rakyat Malaysia.

AWAS!!! BAHAYA BERASMARA MELALUI TELEFON !


Tiada lagi 'privacy' dalam sistem komunikasi pada zaman moden ini, apabila setiap apa sahaja perbualan percakapan,Sistem pesanan ringkas (SMS) atau apa sahaja perbualan melalui software media sosial yang menggunakan service internet.

Ini kerisauan yang membelenggu pengguna telefon bimbit apabila mereka mendapat berita yang mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melantik syarikat luar untuk memegang dan memantau IP Address setiap pengguna telefon bimbit.

Tiada masalah bagi kita jika hanya SKMM sahaja yang diberi tanggungjawap untuk memantau segala yang berkaitan demi menjaga keselamatan dan untuk membantu pihak berkuasa jika diperlukan.

Yang menjadi kerisauan apabila syarikat luar yang kita tidak tahu sejauh mana kredibiliti mereka tetapi diberi kepercayaan dan tanggungjawap untuk menyimpan dan memantau data-data peribadi pengguna telefon bimbit.

Persoalannya sekarang syarikat manakah yang dimaksudkan itu? Mohon SKMM lebih sensitif dalam hal ini. Dan kami mahu persoalan dan kerisauan ini dijawap dengan segera !

-----------------
Persoalan yang sama ditanya rakan blogger (CLICK)

PAS SUKAR UNTUK YAKINKAN DAP DAN PKR TERIMA HUDUD, BUKAN UMNO !!


Ditakdirkan UMNO (88 kerusi parlimen) bersetuju untuk menyokong usul persendirian PAS (21 kerusi) untuk membentangkan rang undang-undang bagi perlaksanaan hukum hudud di Kelantan ia masih belum mencukupi untuk mendapatkan kelulusan majoriti mudah (112) daripada 222 kerusi parlimen. Gabungan penuh kerusi PAS dan UMNO hanyalah 109 kerusi.

Untuk menjayakan hasrat ini PAS perlu mendapatkan sokongan 18 ahli parlimen Melayu PKR dan 2 ahli parlimen Melayu dari DAP barulah jumlah yang akan diperolehi sebanyak 129 kerusi (PAS 21, UMNO 88, PKR 18 dan DAP 2). MCA, Gerakan dan MIC akan sepakat dengan DAP.

Masalahnya adalah PKR dan DAP sudah awal-awal lagi menyatakan akan menentang rang undang-undang itu jika dibentangkan di Parlimen atas alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara.

UMNO dari awal-awal lagi menyatakan keperluan menyediakan sistem perundangan berasaskan syariah dan membasmi kemiskinan dan meningkatkan pendidikan rakyat sebelum ia dilaksanakan.

Tunku Abdul Rahman yang merupakan bapa kemerdekan tentu mempunyai alasannya yang tersendiri.

PAS sedar bahawa mereka tidak mempunyai korum yang cukup di parlimen tetapi pimpinannya bertegas akan terus mengemukakan rang undang-undang tersebut di parlimen bagi merakamkan catatan sejarah bahawa mereka sudah berusaha tapi ditentang oleh sekutunya atau UMNO sendiri.

Nampaknya PAS perlu bekerja keras untuk mendidik sekutunya supaya faham dasar perjuangan Islam berasaskan prinsip rahmatan lil alamin. Kebersamaan mereka atau tahaluf siyasi selama ini bukan sangat kerana kebersamaan prinsip perjuangan, tetapi kerana sama-sama ingin menumbangkan tunggak BN, iaitu UMNO. Lepas tu apa yang terjadi belakang kira.

- Datuk Fuad Hassan -

Monday, 14 April 2014

[VIDEO] TIAN CHUA MENANGIS DITANGKAP POLIS




Setelah lebih sebulan laporan polis dibuat, akhirnya Tian Chua telah ditahan pada jam 7.45 malam tadi di lobi Hotel Armada kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan.

Lebih lanjut -> [BLOG]

Hudud: Sokongan UMNO sahaja tidak cukup ! Yakinkan Anwar !

RAZALI IBRAHIM


PAS bakal berdepan kesukaran dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan kerana dijangka ditentang DAP dan PKR yang tidak mahu berganjak daripada keputusan mereka menolak pelaksanaan hukum itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, PAS perlu mendapatkan sokongan 40 anggota Parlimen bukan Islam termasuk DAP dan PKR agar persetujuan dua pertiga di Dewan Rakyat diperoleh bagi melaksanakan hukum itu di Kelantan.

Beliau berkata, 30 anggota Parlimen PAS dan 79 Anggota Parlimen Umno ketika ini masih belum cukup kerana untuk mendapat majoriti dua pertiga memerlukan 148 undi.

"Perkara ini bukan soal kaum atau agama tetapi pelaksanaannya memerlukan persetujuan semua kaum. Kalau PAS masih mendapat bantahan DAP dan PKR, maka masalah ini perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya dipetik Bernama.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Keputusan itu merupakan susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan yang memberi laluan kepada mana-mana negeri bagi menguatkuasakan Hukum Hudud di negeri masing-masing.

Bagaimanapun, DAP menerusi Penasihatnya Lim Kit Siang, Ketua Publisitinya Tony Pua serta Naib Presiden PKR N.Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan sebarang cubaan untuk membentangkan usul rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat akan ditentang.

Razali berkata, PAS seharusnya bertegas dengan pendiriannya di samping mencari jalan untuk mendapat persetujuan sekutunya kerana sebelum ini mendakwa parti itu sudah dapat 'meyakinkan' DAP tentang ajaran Islam.

Razali yang juga anggota Parlimen Muar berkata sokongan daripada anggota Parlimen PKR yang beragama Islam tidak ramai untuk PAS memperoleh sokongan dua pertiga apatah lagi mereka berfikiran liberal, maka sokongan anggota Parlimen bukan Islam diperlukan.

Razali juga berkata, beliau yakin semua wakil rakyat Umno akan memberi sokongan dan PAS perlu bersedia sepenuhnya daripada semua aspek sebelum melaksanaka hukum hudud, kerana perkara itu turut melibatkan beberapa peraturan dan pindaan undang-undang

-------------

Juga menarik:

UMNO sokong Hudud, DAP dan PKR Tolak !!!


Sunday, 13 April 2014

MAWAR FAREEDA vs HAK CIPTA ! WAJIB BACA !


Tudung Fareeda membawakan kepada kita satu pendedahan baru mengenai isu paten dan hak cipta. Tanpa tindakan rampasan terhadap plagiarism dan perlanggaran hak cipta rekaan, kita takkan membuka mata terhadap isu ini.

PATEN REKAAN INDUSTRI / INDUSTRIAL DESIGN PATENT
Patent Rekaan adalah di bawah Industrial design atau bahasa mudahnya rekaan industri… ia termasuk dalamnya Logo…. rekaan handphone… sebab tu samsung kena saman dengan apple…

“An industrial design right is an intellectual property right that protects the visual design of objects that are not purely utilitarian. An industrial design consists of the creation of a shape, configuration or composition of pattern or color, or combination of pattern and color in three-dimensional form containing aesthetic value. An industrial design can be a two- or three-dimensional pattern used to produce a product, industrial commodity or handicraft.”
“Industrial designs are applied to a wide variety of products of industry and handicraft: from technical and medical instruments to watches, jewelry, and other luxury items; from housewares and electrical appliances to vehicles and architectural structures; and from textile to leisure goods.”

Logo memainkan peranan penting selain daripada jenama. begitu juga rekaan dalaman sesuatu perkara. Seperti contoh logo Apple, Samsung, Sony, Lenovo, Microsoft, Levis, Rayban, Casio dan banyak lagi jenama2 terkenal mematenkan logo mereka.
Begitu juga dengan penggunaan warna-warna dan reka bentuk sesuatu barangan atau produk.

Paten Rekaan iPhone yang di ciplak oleh Samsung Galaxy

TUDUNG FAREEDA
Fareeda ni kes simple senanya… dan aku setuju je pasal kes tersebut. Ayat berfesyen ikut kemampuan dia juga betul…
If tak mampu jangan berlagak… n jangan rembat hak orang lain.
Yet katanya , idea adalah dari Allah… sinis je aku tengok orang komen macam tu… camtu bolehlah aku cakap anak dia..rezeki dia… dari Allah… suka hati akulah nak rembat pun…

Dari awal lagi, tudung singkat fareeda tak mengikuti syariat… yet masih ramai lagi yang nak jugak beli dengan alasan macam2… dan makin ramai pula tiru tudung tak ikut syariat tu…

Lepas tu orang tu tuntut hak paten tudung tak ikut syariat dia… mulalah ramai jadi hero bawak hujah2 agama…
Paten adalah penting dalam dalam perniagaan.

Kerana ia menjamin kualiti sesuatu produk. Contohnya adalah levis yang patenkan jenama dan rekaan seluar keluarannya seperti 501 , 555 etc… Kerana paten adalah mengenai produk..bukannya mengenai sama ada produk itu mengikut syariat atau tidak..

Inilah hal paling penting yang selalu kita gagal nak faham. Dunia adalah dunia…akhirat adalah akhirat…
Salah tetap salah… mencuri paten adalah sama dengan mencuri hak orang lain… yet kita kata kita beriman?

Sumber: BLOG (CLICK)

JUGA MENARIK:
MAWAR FAREEDA KENA SEMBUR DENGAN ORANG MISKIN KERANA MELAMPAU (CLICK)

TUDUNG FAREEDA, HARAM DIPAKAI! - Ustaz  (CLICK)



UMNO sokong Hudud, DAP dan PKR Tolak !!!


Bercakap tentang Hudud sudah tentu ia dikaitkan dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah lslam dengan seruannya ialah Allahu Akbar. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasul serta Ijmak dan Qias yang terang dan nyata.

Ramai yang mendakwa isu Hudud ini hanya akan dimainkan apabila ada pilihanraya.Isu Hudud ini jugalah menyaksikan perbalahan dan perbezaan berpanjangan sesama Islam antara PAS dan parti lawannya iaitu UMNO yang menjadikan Islam dan Bangsa Melayu sebagai asas perjuangan.

Pelbagai tomahan dan Fitnah dilontarkan sebelum ini yang kononnya UMNO TOLAK HUDUD,
Benarkan UMNO tolak Hudud? baca SINI untuk pencerahan.

Adakah PAS mampu untuk laksana Hudud?
Persoalan ini sering kedengaran, dan jawapannya sudah pastinya tidak jika PAS bersendirian, amat mustahil pula untuk Hudud dilaksanakan ketika PAS bersama pakatan politik mereka iaitu DAP dan PKR yang secara konsisten menentang keras dasar Undang-undang Islam ini.

PAS yang sepatutnya 'dominan' dalam Pakatan Rakyat dilihat tidak lagi dihormati sehinggakan Rakan Pakatan mereka sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang mengguris seperti "Mahu wujudkan Negara Islam,langkah mayat kami dulu" disebut oleh Karpal Singh (Pengerusi DAP) pada 24 Disember 2008.


Yang terbaru DAP dan PKR sekali lagi menegaskan mereka MEMBANTAH KERAS,tidak akan beri kerjasama dengan PAS dan tidak akan menyokong perlaksanaan undang-undang Hudud.

PAS berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat PAS itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.



Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan PAS.
Jadi siapa yang dapat membantu untuk PAS meneruskan cita-cita mereka?
Suka tidak suka PAS mesti bersama dengan UMNO untuk meneruskan agenda Hudud mereka.

Satu permulaan yang baik apabila UMNO Kelantan menyatakan sokongan kepada PAS untuk membawa usul ini ke Parlimen.

Secara peribadinya BELA menyokong penuh kerjasama UMNO dan PAS sehingga terlaksananya Undang-undang Hudud di Negeri Kelantan. Semoga perkara yang baik ini akan berterusan sehingga berjaya. InshaAllah...

Juga menarik untuk dibaca:

KERANA SYAHADAH !!! PAS DAN UMNO PERLU DAN MAMPU BERSATU (CLICK)

Friday, 11 April 2014

MAWAR FAREEDA KENA SEMBUR DENGAN ORANG MISKIN KERANA MELAMPAU



Anak kepada Pengasas Tudung jenama Fareeda, Mawar Abdul Karim dibidas pengguna laman sosial ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya berhubung tudung keluaran jenama tersebut yang terlalu mahal.

Mawar menerusi laman Facebook Mawar Fareeda Fanpage berkata, pelanggan (wanita) seharusnya melihat kepada kemampuan diri jika ingin berfesyen.

Kata-kata tersebut dibalas oleh Mawar selepas mendapat komen daripada Norkamisah Sharil yang berpendaat harga tudung keluargan jenama tersebut terlalu mahal dan tidak mampu dibeli oleh sesetengah golongan.

"Fareeda mahal..kesian orang tak mampu tapi nak sangat bergaya ala Mawar,tu yang orang lain tolong buatkan yang sama tapi murah..apa salahnya...orang yang beli tu yang kena adil,kalau dah kaya..beli lah yang original...yang tak original hanya untuk orang yang tak mampu (beli original) ," kata Norkamisah.


Mawar yang juga merupakan isteri kepada Fizo Omar itu membidas komen tersebut dengan berkata, kalau mahu berfesyen kena tengok kemampuan diri.

"Nurkamisah Sharil : Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri. FAREEDA ada juga menawarkan scarves di bawah RM100. Jika tidak mampu menabung, dan jangan risau jika membazir sebab FAREEDA ada harga untuk preloved," bidas Mawar.

Isu tudung eksklusif Jenama Fareeda ini mula mendapat perhatian umum apabila, pihak bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menyerbu premis yang menjual tudung tiruan jenama tersebut.

Dalam serbuan tersebut enam premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor terlah diserbu dan sebanyak 1,225 helai tudung dengan anggaran nilai RM77,065.00 disita.

Rekaan yang dirampas itu ialah model 'Fareeda Aisya' dan 'Fareeda Mariya' yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Ekoran daripada kenyataan Mawar itu, pengguna laman sosial memberikan reaksi negatif kepada anak pengasas tudung eksklusif itu.


PKR bukan milik Anwar ! Azmin Ali Kecewa ???


Azmin Ali
PERMATANG PAUH 11 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti itu harus keluar daripada terus dibayangi Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang akan bertanding mempertahan jawatannya bulan hadapan menegaskan, perkara itu perlu dilakukan demi survival parti berkenaan dalam landskap politik semasa.

Menurutnya, PKR yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu perlu bergerak ke hadapan untuk menghadapi keadaan yang semakin mencabar.

“PKR bukan parti Anwar dan tidak boleh terus dibayangi oleh beliau. Oleh itu, ahli- ahli mesti bergerak melebihi beliau dan untuk mencapai hasrat berkenaan, kita perlu menonjolkan lebih ramai pemimpin muda dan profesional demi parti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ahli PKR negeri di sini hari ini.

Azmin berkata, bagi tujuan kesinambungan kepimpinan parti, lebih ramai tokoh muda dan profesional harus ditonjolkan untuk memastikan PKR terus dominan termasuk dalam aspek kerjasama bersama Pas dan DAP.

“Bagaimanapun, buat masa ini kita masih perlukan kepimpinan beliau (Anwar)," katanya.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pada masa sama turut mengingatkan ahli supaya memikirkan masa depan parti sebelum mengundi.

“Saya ingin tegaskan, bukanlah sesuatu perkara mudah berada dalam PKR pada hari ini kerana cabarannya terlalu besar," katanya.

Ditanya mengapa tidak membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan Presiden selepas 15 tahun membuktikan ‘kesetiaan’ bersama parti, Azmin memberitahu, perkara itu sukar untuk dijelaskan.
“Mengapa anda bertanya soalan sukar tetapi saya akui selesa bekerja bersama Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah beliau tidak selesa bekerja bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin meminta media supaya tidak memaksanya mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau mengakui pernah mengkritik Abdul Khalid demi kepentingan rakyat terutama dalam isu kenaikan gaji dan elaun Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sementara itu, Azmin menjelaskan beliau tidak gentar dengan pakatan yang dibentuk oleh Nurul Izzah Anwar, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR kali ini.

“Saya serahkan kepada ahli untuk membuat pilihan tetapi saya tidak percaya terhadap konsep membentuk gabungan menjelang pemilihan parti," katanya.

TUDUNG FAREEDA, HARAM DIPAKAI! - Ustaz





Soalan Leman (Bukan Nama Sebenar):

Apa hukum pakai Tudung Fareeda yang harga dia lagi mahal dari sekampit beras siam 10kg Ustaz?

Jawapan: Hukumnya HARAM! Sebab......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Awok tu jantan, nak pakai tudung buat apa? Mung Nok Mampuh !!! Barat Nanang!!
(Gaya Ustaz Azhar Idrus)

Respon Leman: Tunduk sambil gelak. Hihihihi.

Thursday, 10 April 2014

GEMPAR!!! MH370 Semua penumpang masih hidup ! Pesawat Dirampas !

Risikan Russia dakwa MH370 dirampas bukan terhempas!
Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut portal Daily Star, sumber yang rapat dengan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu;
“Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Sumber Asal: DAILY STAR

Wednesday, 9 April 2014

Karpal Sing Sudah Hilang Ingatan !!!


Karpal Singh menjelaskan bahawa beliau mendedahkan kegiatan liwat DS Anwar Ibrahim dalam sidang Dewan Rakyat pada tahun 1997 kerana tugasnya sebagai seorang ahli parlimen yang mewakili pembangkang.

Jadi lojiknya bila Anwar tidak lagi bersama kerajaan dan menyertai pembangkang maka Karpal menukar pendirian dari menuduh peliwat kepada membela peliwat.

Nampaknya sesuatu pendirian bukan lagi dibuat berasaskan kepada kebenaran dan keadilan tapi di pihak kumpulan mana seseorang berada walaupun tuduhan itu mengakibat aib seseorang. Inilah yang berlaku pada kes-kes lain yang kita pernah dengar sebelum ini mengikut pendirian kumpulan. Maka dicarilah nas-nas Quran dan hadith sebagai sandaran untuk menolak pembuktian kononnya tidak sah.

Membela seseorang berasaskan pendirian kumpulan merupakan fahaman ashabiyyah jahiliah yang berasaskan kezaliman.

Itulah sebabnya kita katakan biarlah hakim dan mahkamah yang menjadi penentu membuat keputusan. Jika ahli politik nak buat penghakiman maka huru hara lah jadinya negara ini. @klxpress @shaberyc


Sumber FB : Fuad Hassan

Provokasi Perkauman dalam Kursus Biro Tatanegara [BTN] ???

RAZALI IBRAHIM

Tiada Provokasi,Perkauman dalam BTN-Razalli.KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu provokasi dan perkauman yang didakwa kononnya berlaku dalam kursus Biro Tatanegara (BTN) di bawah Jabatan Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana banyak program BTN yang dijalankan sebelum ini meliputi semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Kita sebenarnya mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk memohon menyertai program ini, tidak ada masalah dari segi itu...tidak timbul perkara tersebut (provokasi dan perkauman) bagi mereka yang pernah hadir," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan) yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat melakukan transformasi BTN selepas banyak maklum balas yang diterima daripada masyarakat kononnya program BTN lebih berbentuk provokasi.

Razali berkata, kerajaan mengambil serius dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita (BTN) tidak pernah membangkitkan semangat benci membenci, bersakit-sakit hati dalam kalangan peserta.

"Kalau ada aduan yang boleh dikemukakan kepada pihak kami, saya akan ambil tanggungjawab tersebut, tidak pernah kita membezakan peserta atas asas politik dan kepentingan peribadi," katanya.
Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan dari semasa ke semasa bagi mengembalikan kecemerlangan BTN dalam menyemai rasa cintakan negara dan semangat patriotisme rakyat.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) yang ingin tahu berapakah perbelanjaan untuk aktiviti BTN serta kriteria untuk memilih penceramah dan pensyarah dalam program itu, Razali berkata setakat ini kerajaan membelanjakan sekitar RM30 juta setahun.

Beliau berkata, pada tahun 2011 kerajaan membelanjakan RM30.2 juta, pada tahun 2012 (RM27.5 juta) dan pada tahun 2013 (RM26.4 juta).

"Bagi penceramah pula kita lihat kepada latar belakang peserta yang terbabit dalam program yang dianjurkan kerana kita (BTN) ada banyak program yang berbeza dan ada kumpulan sasarnya termasuk daripada mahasiswa, pemimpin masyarkat, kepimpinan korporat, kakitangan awam dan mereka yang ingin ke luar negara," katanya.

- BERNAMA

Tuesday, 8 April 2014

#DoaUntukHarunDin Ustaz Harun Din dimasukkan ke IJN



Berbeza fahaman politik bukan bermakna kita berbeza semua. Sama-sama lah kita doakan beliau cepat sembuh dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Amin..

Muslimin dan muslimat dijemput.pohon hebahkan.

------------------------------------------------------------




Kuliah Maghrib bersama Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (TGHD) mlm ini di surau ini di tangguhkan sbb TGHD masuk IJN ptg semalam dan kita sama2 doakan semoga TGHD cepat sihat kembali.

Ia kemudiannya di ganti oleh Ustaz Muhammad Nazmi
8.04.2014
Selepas Maghrib
Surau Al-Husna,Fasa 12,Presint 9C/1,62502 Putrajaya..

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=767434563280917&set=a.378978415459869.95919.100000431401354&type=1&theater

Monday, 7 April 2014

Dokumen Rahsia Bukti UMNO Tolak Hudud !!!


Dokumen rahsia yang berusia 22 tahun akhirnya didedahkan.








Ya, memang UMNO tolak Hudud tetapi penolakan itu datang dari Anwar Ibrahim yang pada ketika itu antara ahli Majlis Tertinggi parti. Dan dia tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat yang antaranya membincangkan tentang undang-undang Hudud. Kenapa dia tak hadir?

Apa yang UMNO bincangkan tentang Hudud?

Rujuk muka surat 4, 2.2



"UMNO akan menyokong sekiranya parti lawan (PAS) mengemukakan cadangan pindaan Perlembagaan di Parliment untuk melaksanakan Hukum Hudud."


Ini jelas menunjukkan Hudud ada dibincangkan dan hanya menunggu pihak PAS membawa usul itu ke dalam Parlimen untuk dibahas dan membuat pindaan Perlembagaan.

Kita tinggalkan sebentar kisah 1992, kita lihat pula apa pendirian terbaru Anwar Ibrahim dalam isu Hudud yang menjadi antara modal Politik utama pihak pembangkang menghentam UMNO.


Berdasarkan artikel dari Media Utama pembangkang (MalaysiaKini) kita dapat lihat wajah sebenar Anwar yang sememangnya menolak Hudud dari dulu sehingga kini. Tapi kena UMNO yang sering dituduh dan diFitnah menolak Hudud?

Sudah sampai masanya PAS mengkaji semula hubungan mereka dengan Anwar Ibrahim,
dan PAS perlu sedar yang hanya dengan penyatuan bersama UMNO sahaja agenda Hudud ini akan terlaksana.

Ini dapat dibuktikan dengan persetujuan UMNO melalui Pengerusi Badan Perhubungan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu sidang media telah berkata bahawa beliau dan juga UMNO telah sepakat untuk menyokong tindakan kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri ini.
Artikel Penuh [BLOG]

Cukup lah PAS, cukup lah kalian dipergunakan demi perjuangan Anwar mahu capai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Koleksi Kata-kata Dakwah Islam #SelawatPerdana [4 GAMBAR]




Saturday, 5 April 2014

Koleksi Kata-kata Dakwah Islam #SelawatPerdana [4 GAMBAR]




#MH370 : PENDUDUK MALDIVES NAMPAK PESAWAT MH370 DI DIEGO GARCIA ? DATO SERI HISHAM AKAN TANYA AS SENDIRI !!!#PRAYFORMH370



SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.




Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.




Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. – SINAR HARIAN

Wednesday, 2 April 2014

VIDEO PENTING! Khas untuk waris mangsa #MH370



Semoga ahli keluarga mangsa tragedi #MH370 sabar dan tabah dalam hadapi dugaan ini.

Anda tidak bersendirian kerana kami seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama dan terus berdoa agar pesawat #MH370 dapat ditemui.

Tuesday, 1 April 2014

Pemilihan President PKR Anwar dan Wan Azizah hanya propaganda UMNO!


Anwar Ibrahim menentang Wan Azizah untuk jawatan President PKR adalah perkara biasa dan ia adalah demokrasi. Tapi luar biasa bagi kita.

Seperti biasa bila mereka dikritik hebat berkaitan isu ini, UMNO juga yang disalahkan.
Senangnya hidup jadi Anwar Ibrahim, dia boleh buat apa sahaja tak kira depan atau belakang,
betul atau salah semua tidak menjadi masalah sebab dia ada penyokong Taasub akan percaya apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut manusia bernama Anwar Ibrahim.

Modes Operandi dia sangat mudah, buat apa saja, sebab akhirnya mereka akan salahkan UMNO.
3 Hakim Mahkamah Rayuan Sabitkan kesalahan kes liwat bekas pembantunya Saiful Bukhari, ini juga dituduh Hakim UMNO.

Dihalang dari memasuki Jepun kerana kecuaian sendiri tidak memohon Visa itu juga salah UMNO.
Hebat UMNO boleh pengaruhi Kerajaan Jepun untuk Halang Anwar
Sedangkan Undang-undang negara itu sendiri menetapkan mereka yang pernah dipenjarakan mesti memohon Visa terlebih dahulu.

Pada 29 Mac yang lepas Anwar mengumumkan akan bertanding lawan Isterinya sendiri untuk merebut jawatan President PKR yang sebelum ini disandang oleh Wan Azizah.



Perkara ini mendapat reaksi yang pelbagai dari banyak pihak.
Ada yang mengatakan tindakan Anwar bertanding lawan Isterinya bertujuan untuk menghalang dari Azmin Ali bertanding untuk jawatan President.
Ini mungkin kerana Anwar masih tidak mempercayai pemimpin PKR lain selain dari Isteri dan ahli keluarganya sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim turut mengulas dengan menyatakan tindakan Anwar itu hanyalah untuk mencetus kontrovesi, Anwar tidak akan senang duduk jika media tidak menceritakan tentang dirinya. Perkara seperti ini akan jadi sesuatu yang amat serius jika berlaku dalam UMNO, dan perkara main-main macam ni tak boleh buat dalam UMNO tambah beliau.


Kita ambil contoh jawatan President UMNO, apa akan jadi sekiranya yang bertanding adalah DS Najib dan Isterinya DS Rosmah? Agak-agak apa komen penyokong pembangkang sekiranya ini berlaku? Soalan yang sama ditanya rakan Blogger DinTurtle (KLIK). Sudah pastinya ia akan dihentam sampai ke sudah.

Puan Zahida Zarik Khan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia yang juga Ahli Majlis Tertinggi pula menyatakan perebutan jawatan presiden PKR antara Anwar dan Isterinya membuktikan amalan Nepotisme memang sudah sebati dan subuhr dalam PKR, ini amat jelas apabila jawatan tertinggi dalam parti hanya boleh dicabar oleh ahli keluarga sahaja.


Persoalannya sekarang, dimana pejuang Demokrasi dalam pembangkang? adakah pertandingan suami dan Isteri ini juga Demokrasi? Mohon lebih cerdik dari terus ditipu dan dibuli oleh Anwar,Isteri,Anak dan Kroni-kroni mereka... !