Wednesday, 10 September 2014

RUMAH MAMPU MILIK MASIH TAK MENCUKUPI ! KENAPA ???



Kuala Lumpur –  Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyarankan kerajaan untuk menghentikan penjualan tanah kepada pemaju tetapi sebaliknya menyediakan tanah untuk dibangunkan dengan perumahan awam dan rumah mampu milik.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti FELDA atau mana-mana Yayasan juga perlu wujudkan skim sewa beli kepada golongan sasar yang mana gagal mendapatkan pinjaman darpada institusi perbankan.

“Sebagai contoh, Yayasan Wilayah Persekutuan yang membantu memberikan pinjaman kepada penduduk yang berkeinginan membeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diduduki tetapi mempunyai masalah kewangan,” katanya di dalam satu kenyataan media.

Saranan-saranan ini telah dikemukakan oleh pihak Pemuda Umno di dalam satu memorandum usul Bajet 2015, kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan semalam.

Mohd Razlan berkata kaji selidik yang dilakukan dalam laman sosial, Facebook mendapati antara sebab anak muda gagal memiliki rumah adalah sukar untuk mendapat pembiayaan perumahan daripada bank disebabkan faktor gaji kerana harga jualan rumah paling rendah sekitar RM300,000 ke atas.

“Jika dilihat pada tangga gaji lepasan Diploma bermula sekitar RM1,300 sehingga RM2,000 dan lepasan Ijazah pula RM1,900 sehingga RM3,000 sebulan, sudah tentu tidak memungkinkan seseorang itu merealisasikan hasrat memiliki rumah sendiri.

“Walaupun tidak dinafikan Kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk insentif seperti projek PR1MA, namun ia tetap gagal dimiliki oleh golongan sasar kerana terdapat syarat-syarat yang terlalu ketat dikenakan oleh pihak bank untuk memberi pinjaman.

“Mungkin sudah tiba masanya pihak bank melonggarkan sedikit syarat atau memberi skim pinjaman istimewa untuk golongan memerlukan bantuan membuat pembelian rumah pertama,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, mengambil kira faktor keperluan rumah mampu milik hari ini, mungkin kerajaan boleh memikirkan satu projek perumahan yang dinamakan sebagai Bandar Belia sebagai perintis bagi memacu demografi Malaysia.

MODEL BARU PROTON 2014 - 'PROTON PENCURI' ! KANTOI !


NIK ABDUH BELASAH PKR ! PKR PENGKIANAT !



KUALA LUMPUR
: PKR juga merupakan pengkhianat terhadap setiakawan PAS dalam Pakatan Rakyat, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Nik Abduh berkata, tindakan PKR mengiktiraf sokongan dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, Shaari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu merupakan satu pengkhianatan.

Katanya, pengkhianatan yang didakwa banyak pihak dilakukan oleh PAS sebenarnya bermula apabila Shaari dan Hasnul  bekerjasama memberi sokongan kepada Presiden PKR.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu menjelaskan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak sendirian apabila partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri dan dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.

"Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.

"Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR-  pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan TSKI (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang Majlis Syura Ulama PAS putuskan untuk mempertahankannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pengkhianatan yang berlaku itu, Nik Abduh menjelaskan Abdul Hadi mempunyai dua pilihan iaitu mendorong PAS keluar dari Pakatan Rakyat atau bertindak dengan lebih budiman dengan memberi peluang agar mampu memperbaiki keadaan.

"Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR," katanya lagi.

MALAYSIA BOLEH CAPAI TARAF NEGARA MAJU LEBIH AWAL !!



KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin boleh mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi lebih awal daripada sasaran, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata jumlah pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang meningkat kepada US$10,500 pada tahun ini, melebihi sasaran awal kerajaan iaitu sebanyak kira-kira US$9,000.

"Justeru itu, saya yakin bahawa kita akan mencapai sasaran negara maju berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita US$15,000 menjelang tahun 2018," katanya pada majlis Penerangan Perdana GST hari ini.

Beliau berkata kerajaan bukan sahaja mementingkan ekonomi negara (melalui keluaran dalam negara kasar) tetapi turut menitik beratkan ekonomi rakyat.

Tegasnya, tiada erti Malaysia mencapai taraf negara maju jika terdapat golongan yang tidak mampu menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

"Di bawah SST (cukai jualan dan perkhidmatan), secara nisbah, dari enam buah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya sebuah sahaja yang membayar cukai.

"Kalau begitu, bagaimana kerajaan mahu menyediakan lebih banyak peruntukkan untuk membangunkan ekonomi rakyat?," katanya.

Husni berkata terdapat lima komposisi cukai dalam SST yang telah dikenakan kepada pengguna tanpa mereka sedari, manakala dalam GST hanya terdapat satu komposisi iaitu sebanyak enam peratus.

"Terdapat negara yang pendapatan per kapitanya di bawah US$1,000 pun sudah melaksanakan GST, mengapa kita tidak mampu? (untuk melakasanakannya)," katanya.

Seminar sehari ini dihadiri lebih dari 1,500 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil kerajaan, golongan peniaga, GLC dan golongan belia.

Monday, 8 September 2014

NIK AZIZ HASUT KHALID IBRAHIM SUPAYA SAMAN PKR !!!




Kuala Lumpur – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mengambil tindakan mahkamah terhadap parti Keadilan Rakyat kerana memecat beliau yang disifatkan sebagai satu tindakan yang memalukan.


“Kalau saya jadi menteri besar Selangor, saya (akan) bawa kes ini ke mahkamah kerana memalukan saya.

“Kenapa pecat saya (kerana) soal pecat ini bukan perkara main-main, memalukan” ujar kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu Nik Aziz turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan PKR yang dilihat membelakangkan PAS dalam membuat keputusan.

“Dua keputusan yang dia (PKR) buat (sebelum ini) tidak diberitahu kepada kami, sebagaimana yang disebut oleh Tok Guru Abdul Hadi.

“Saya merasa risau” katanya lagi.

Hadi sebelum ini membidas PKR yang membuat keputusan tanpa berbinang terlebih dahulu dengan PAS selaku rakan sekutu di dalam pakatan rakyat ketika parti itu mahu melaksanakan ‘Langkah Kajang’.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita (PAS) diberitahu dan kita menyatakan tidak bersetuju.

“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, ini tidak betul″ tegas Hadi ketika sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.

Beliau turut dengan lantang mempersoalkan kepincangan yang berlaku khususnya dalam perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
www.suara.tv

DAP,PKR DERHAKA PADA SULTAN. ANAK SELANGOR MARAH !


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ingkar terhadap titah baginda apabila hanya menyenaraikan satu nama untuk calon menteri besar yang baharu.

Tindakan kedua-dua parti itu menggambarkan mereka biadab kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada baginda.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Sultan Selangor, kedua-dua parti ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap institusi Raja dan satu perbuatan derhaka kepada titah D.Y.M.M Sultan Selangor.

Menurut Setiausaha Sulit kepada D.Y.M.M Sultan Selangor, Dato’ Haji Mohamad Munir bin Bani baginda Sultan mempunyai kuasa dan budi bicara bagi memilih Menteri Besar untuk mentadbir negeri Selangor dalam keadaan baik.

Malah atas budi bicara baginda juga, baginda berhak memilih sesiapa saja sebagai Menteri Besar walaupun bukan daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dalam parti Pakatan Rakyat.

Sumber: Selangor Press

Iskandar Samad Menteri Besar Selangor baru?



KUALA LANGAT — Pesuruhjaya PAS negeri Iskandar Abdul Samad dijangka akan meneraju kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Beliau dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider (TMI) dipetik sebagai telah mengadap DYMM Sutan Selangor di Istana Kayangan pagi tadi.

TMI turut melaporkan bahawa istana telah mengeluarkan arahan kepada tiga exco kerajaan negeri untuk mengadap tuanku secara berperingkat.

“Sumber memberitahu The Malaysian Insider, esok Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak Sallehen Mukhyi pula akan mengadap Sultan Selangor manakala Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dijangka mengadap baginda pada Rabu.

“Difahamkan, Sultan Selangor mahu bertemu ketiga-tiga Adun PAS ini berhubung kekecohan berhubung pelantikan menteri besar baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” tulis TMI.

Semetera itu lidah rasmi kerajaan negeri, Selangorkini, melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan seluruh perkara berkaitan kerusi panas itu kepada baginda tuanku.

Khalid juga mengaku telah diarahkan untuk berdiam diri mengenai perkara tersebut dan hanya menumpu seluruh perhatian kepada pentadbiran negeri.

“Saya diminta supaya tidak buat apa-apa kenyataan dalam hal ini sebab saya dinasihatkan adalah lebih baik sekiranya Menteri Besar memberikan tumpuan kepada pentadbiran negeri daripada melibatkan diri dengan perbincangan jawatan Menteri Besar baru,” ujar Khalid seperti dipetik oleh Selangorkini.

Sementara itu, sumber yang telah Selangorpess perolehi memberitahu bahawa Iskandar Abdul Samad yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) kawasan Cempaka telah menghadiri satu majlis tertutup di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) setelah meninggalkan istana.

Tidak dimaklumkan majlis apakah yang dihadiri Iskandar dan siapakah yang berada di dalam majlis tersebut.

Untuk rekod, Abdullah Sani dari PKR merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat.

Selangorpress pernah melaporkan bahawa Abdullah Sani menjadi bayang-bayang dalam program-program yang dihadiri oleh Adun Morib Hasnul Baharuddin semenjak beliau menyatakan sokongan terbuka kepada Adun Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan menandatangan surat akuan bersumpah bersama Adun PAS Hulu Klang Saari Sungip.
- See more at: http://www.selangorpress.com/?p=3175#sthash.kPgSNi0w.dpuf

Thursday, 4 September 2014

PPS Pulau Pinang mesti patuh UNDANG-UNDANG !!!



KUALA LUMPUR
: Kerajaan hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengugut dan mencabar pihak berkuasa sehingga membelakangkan undang-undang negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun kerajaan menyambut baik langkah masyarakat menjalankan aktiviti pencegahan jenayah, namun mana-mana tindakan melampaui batasan perundangan, boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan umum.

"Semua pihak tidak terkecuali untuk mematuhi undang-undang negara dan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati atas alasan mencegah jenayah.

"Apa sahaja boleh guna rundingan, bukan ugut pihak berkuasa atau bahas terbuka apatah lagi jika kita mewakili pentadbiran (kerajaan negeri). Saya percaya polis akan terima cadangan jika ia dijalankan mengikut undang-undang.

"Janganlah buat sesuka hati. Kedaulatan undang-undang masih wujud. Hanya dengan cara seperti ini sahaja kita dapat jamin keamanan dan kesejahteraan di negara kita," katanya.
 
Najib berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Beliau jelas merujuk kepada isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang yang dilaporkan bertindak di luar batasan undang-undang dalam beberapa insiden.

Baru-baru ini polis menahan 154 anggota pasukan itu dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata PPS adalah sebuah pasukan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tangkapan anggota PPS itu dibuat selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan mencabar Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan ke atas mereka.

Aktiviti oleh anggota pasukan itu juga dikatakan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat kerana mereka didakwa bertindak umpama samseng.

Perdana menteri menarik perhatian bahawa kerajaan menghargai sukarelawan mencegah jenayah ini kerana ia pernah dipraktikkan semasa menangani ancaman komunis dalam mencapai kemerdekaan satu ketika dahulu.

"Kita juga perlu sokongan, kerjasama rakyat jelata seperti mana kita patahkan ancaman komunis dan wujudkan ungkapan memenangi hati dan minda rakyat.

"Maka, usaha menghadapi ancaman luar dan dalam adalah penting. Namun ia mestilah mengikut undang-undang," katanya.

Monday, 1 September 2014

[VIDEO] Jurugambar NST Ditumbuk Waris Keluarga MH17



Ini kejadian yang tidak mahu kita lihat, tapi jadi di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi pagi Selasa.

Apabila petugas media, jurugambar New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk oleh salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat MH17.

Kejadian dikatakan berlaku sejurus selepas jasad Paul Goes, Subashni J.Retnam dan Kaelamayajay Goes (21 bulan) tiba di Pusat Peringatan Nirvana di Sungai Besi.

Beliau cedera di muka dan kemeranya pecah, ini kejadian pertama petugas media dipukul ketika menjalankan tugas berkaitan memperingati mangsa MH17.-2/9/2014  - AGENDADAILY

TUN M PERTAHAN ANGGOTA PERTUBUHAN HARAM PPS ???


Bekas Perdana Menteri itu menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.


Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.

"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.

"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Rayer ditahan kira-kira jam 6 petang tadi ketika sedang berada di dalam Ibu Pejabat Daerah (IPD) Timur Laut untuk membantu 135 anggota PPS yang direman.

Penahanan Rayer yang juga seorang peguam disahkan oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid -Agendaily