Thursday, 23 October 2014

VIDEO LUCAH USTAZ AZHAR IDRUS: AGENDA JAHAT ANWARINAS !



KUALA TERENGGANU: Pembantu Ustaz Azhar Idrus (UAI), Zulkifli Wahab, menyifatkan penyebaran klip video lucah yang dikaitkan dengan penceramah terkenal itu sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama.

Sambil menafikan pelaku dalam rakaman video itu adalah UAI, Zulkifli berkata ia juga usaha pihak berkenaan untuk menggagalkan penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini," katanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata kesedaran dan minat tinggi masyarakat Islam di negara ini menghadiri pelbagai program agama dan ceramah hingga mencetuskan satu fenomena yang menyebabkan pihak tertentu tidak senang duduk.

"Tengok sajalah program 'I Want To Touch A Dog'... itu juga satu daripada usaha kotor untuk menjatuhkan golongan ulama dan ilmuwan Islam, selain memesongkan akidah umat Islam dan meruntuhkan keteguhan Islam di negara ini.

"Mereka sengaja merancang usaha kotor ini dan mereka akan buat apa saja untuk merosakkan Islam di negara ini," katanya.

Ditanya penerimaan UAI berhubung penyebaran klip video itu, Zulkifli berkata UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.


Thursday, 16 October 2014

UPTOWN SHAH ALAM TERBAKAR, YB RODZIAH ISMAIL AMBIL KESEMPATAN ???


Dalam keadaan peniaga uptown Shah Alam yang masih lagi bersedih atas kemusnahan hasil titik peluh mereka selama 8 tahun.

Ada pula pemimpin dari PKR mengeluarkan kenyataan menuding jari kepada pihak pengurusan Uptown seperti yang dilaporkan oleh Portal SelangorPress.com (CLICK)


Sebagai seorang Wakil Rakyat bagi DUN Batu Tiga yang juga berada dalam parlimen Shah Alam sepatutnya bersikap lebih bertanggung jawap, bukannya ambil kesempatan untuk menadapat publisiti murahan.

Soalan saya apakah bantuan atau sumbangan YB Rodziah Ismail kepada peniaga-peniaga Uptown Shah Alam pada saat mereka mula-mula bertapak di situ sejak 2006 yang lalu?

Pelbagai cabaran dan dugaan yang peniaga Uptown Shah Alam hadapi untuk memajukan perniagaan mereka dan secara tak lansung dapat menjadikan Seksyen 24 Shah Alam antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi.

Selain itu YB Rodziah Ismail juga berkata "Perniagaan kecil-kecilan seperti di UpTOWN ini
seharusnya memberi peluang kepada para usahawan yang baru"


Dan "Ia sewajarnya tidak ditawarkan kepada usahawan yang sudah maju dan berupaya membina
kegiatan perniagaannya di tempat lain" tegas beliau.


Kenyataan ini amat mengguris hati ramai peniaga disana yang telah berusaha dari bawah sehinggalah apa yang mereka ada sebelum ianya semua terbakar hangus.

Saya ingin mengucapkan Tahniah dan Terima Kasih kepada pengundi di DUN Batu Tiga kerana anda telah memilih seorang wakil rakyat yang sangat bijak.

Nak tahu apa respon dari peniaga? Tunggu artikel seterusnya.. Salam...

LAGI CERITA TENTANG UPTOWN SHAH ALAM CLICK SINI

Tuesday, 7 October 2014

#CB204 - 2 ANGGOTA TLDM SELAMAT TIBA DI PANGKALAN

KOTA KINABALU: Dua kru bot tempur CB204 yang mengalami masalah kesihatan serta terkena renjatan elektrik, tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, jam 6.13 petang tadi.

Bintara Kanan Charles Christopher Muni, 39, dan Bintara Muda Steve Hudson Miso tiba dengan helikopter Super Lynx dari KD Lekiu di perairan pantai barat Sabah.

Sebaik tiba, mereka dibawa ke Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu di Pangkalan TLDM itu untuk rawatan segera.

PAS Selangor setuju promosi Pesta Arak ???

Sebelum PRU, PAS kata kalau menang nak tutup kilang Arak di Selangor.. Tapi bila dah menang apa yang mereka tutup? Pesta arak besar-besaran ni apa tindakan PAS Selangor? Terus tidur ?

Lebih lanjut.. CLICK

Friday, 3 October 2014

#MinyakNaik, Kurangkan Subsidi, Kerajaan Zalim ???



PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan mengurangkan subsidi minyak adalah untuk kebaikan rakyat dan negara untuk jangka panjang.
 
Perdana Menteri berkata, subsidi yang terlalu besar nilainya boleh memudaratkan ekonomi negara.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, akan mengumumkan pelbagai langkah untuk membantu rakyat menghadapi kesan pengurangan subsidi minyak dalam Bajet 2015.

"Kerajaan sudah tentu memikirkan apa usaha untuk bantu rakyat termasuk memberi bantuan secara terus kepada mereka," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian 505 lembu korban untuk Parlimen Pekan dan semua bahagian UMNO di Pahang, sebentar tadi.