Tuesday, 4 August 2015

ARAB SAUDI & EMIRIAH ARAB BERSATU SUMBANG DANA KEPADA UMNO?

Oleh : Jebat

Disebabkan ramai sangat yang nak tau siapakah penderma Timur Tengah yang sanggup memberikan dana kepada UMNO / Najib Razak sewaktu PRU13 yang lalu, disini ada beberapa negara yang kami rasakan terlibat dengan sumbangan berkenaan;

1. ARAB SAUDI - Sepertimana yang kita ketahui, negara kita mempunyai hubungan yang rapat dengan pemerintah negara tauhid berkenaan. Malah ketika persidangan UMNO yang terakhir sebelum PRU13 berlansung, kita dapati banyak imam-imam besar di Masjidil Haram dan Nabawi menziarahi Malaysia dalam rangka lawatan memperkuatkan hubungan diantara kedua buah negara. Selain itu, sepertimana gambar yang dispekulasi di internet, pertemuan diantara Najib Razak dengan Putera Turki bin Abdullah Al Saud (Biodata rujuk sini) juga boleh dijadikan jawapan kepada siapakah penyumbang 2.6 bilion ringgit tersebut.



2. UNITED ARAB EMIRATES - Umum tidak mengetahui bahawa negara berkenaan adalah negara yang terlibat secara tidak lansung dalam pembinaan Masjid di Bandar Malaysia yang diusahakan oleh 1MDB. Tak percaya? Rujuk disini : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysia-and-uae-sign-key-deals-to-enhance-ties

Masjid yang akan dibina di Bandar Malaysia sumbangan kerajaan UAE


Inilah antara 2 buah negara yang mungkin menjadi 'negara dana' dari 'Middle East' yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kami percaya telah menyumbangkan dana kepada UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu.

Soalnya sekarang apa punca puak-puak Arab yang seaqidah dengan kita ini memberikan pertolongan kepada Najib Razak? Mengapakah mereka tidak menyasarkan dana kepada PAS, PKR atau DAP (Nauzubillah) Wallahu'alam. Hanya ALLAH yang maha mengetahui.

DANA POLITIK UMNO DARI YAHUDI ?



1.Kecoh kini apabila SPRM mengesahkan sejumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun PM Najib Razak.

2.Pengesahan oleh SPRM ini telah menafikan fitnah yang dikeluarkan oleh Sarawak Report (SR) yang kemudiannya dipetik dan dijadikan sebagai bahan berita oleh Awani yang mendakwa dana tersebut adalah daripada wang 1MDB.

3.Menurut SPRM, wang yang diterima oleh PM itu ialah sumbangan pihak tertentu untuk kegunaan pilihan raya yang disalurkan atas kapasiti Najib selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

4.Malangnya, pengesahan ini tidak difahami dalam konteks yang sebenar oleh sebahagian rakyat Malaysia kerana telah dipengaruhi persepsi negatif berkaitan syarikat 1MDB. Mereka lebih percaya terhadap fitnah yang dibuat oleh SR.

5.Tidak ada mana-mana parti politik yang ditubuhkan tanpa menerima sumbangan dana daripada mana-mana pihak.

6.UMNO misalnya, bermula sebagai parti Melayu yang menerima pelbagai bentuk sumbangan daripada ahli-ahlinya yang ketika itu terdesak dalam menuntut kemerdekaan negara. Terima kasih kepada nenek moyang kita.

7.Tanpa sumbangan-sumbangan ini, Tunku Abdul Rahman tidak mungkin dapat terbang ke London bertemu Queen Elizabeth dan kemungkinan besar juga, kemederkaan negara lebih lewat dicapai daripada yang sepatutnya (31 Ogos 1987).

8.Adakah UMNO sahaja yang menerima sumbangan dana ini? Sudah tentu tidak. Parti-parti politik lain juga turut menerima dana langsung dalam pelbagai bentuk, sama ada tunai atau aset-aset lain seperti premis bangunan, kenderaan dan sebagainya.

9.PAS misalnya, menerima sumbangan langsung daripada para penyokongnya melalui kutipan derma ketika ceramah-ceramah yang diadakan di seluruh negara. Wang kutipan derma itu akan disalurkan ke dalam akaun MTD dan Negeri masing-masing. Terdapat beberapa syarikat milik Melayu turut menyumbang dana kepada PAS di peringkat pusat, antaranya termasuklah sebuah syarikat terkenal yang beroperasi di Langkawi, Kedah.

10.Adakah ia menyalahi undang-undang? Sudah tentu juga tidak. Malaysia merupakan antara negara yang tidak mewajibkan parti-parti politik mendedahkan sumber dan jumlah dana yang diterima.

11.Pun begitu, dalam usaha melakukan transformasi politik, Najib Razak pernah mengusulkan supaya parti-parti politik bersikap telus dalam mendedahkan kekuatan kewangan masing-masing termasuk sumber dan jumlah dana yang diterima. Usul ini telah dibentangkan di Parlimen tetapi ditentang hebat oleh wakil-wakil pembangkang khususnya DAP.

13.Adakah pembangkang di Malaysia begitu bersih dan tidak pernah menerima dana asing?

14.Adalah diketahui, National Endownment for Democracy (NED) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad yang lalu menyumbang dana secara langsung kepada beberapa entiti di Malaysia yang bekerja untuk pembangkang.

15.NED ialah agensi khas (bukan NGO) yang ditubuhkan dalam usaha Amerika Syarikat meluaskan sayap pengaruhnya di negara-negara dunia ketiga dan Islam amnya termasuk di Malaysia atas nama demokrasi.

16.NED ditubuhkan sebagai projek khas CIA yang menggunakan tiga kaedah dalam mempromosikan demokrasi versi mereka sendiri iaitu : a) Penyusupan masuk b) Sumbangan dana c) Peperangan.

17.Di bawah NED, terdapat tiga agensi khas lain ditubuhkan iaitu International Republican Institute (IRI), National Democratic Institute (NDI) dan Center for International Private Enterprise (CIPE). Ketiga-tiga agensi inilah yang menjadi nadi penggerak agenda NED termasuk di Malaysia.

18.Jika di Timur Tengah, kaedah peperangan menjadi pilihan sebelum menjalankan pilihan raya atas nama demokrasi, di Malaysia, langkah NED sebenarnya lebih mudah kerana demokrasi sudah dijalankan di sini sejak 1987.

19.NED menyumbang dana secara terus melalui IRI di mana Ketua Pembangkang (yang kini dipenjarakan atas kesalahan meliwat), Anwar Ibrahim, telah dilantik sebagai salah seorang panel lembaga pengarahnya.

20.Pada 22-23 April 2005, Presiden IRI, Lorne Craner, dalam satu ucapan di 6th Annual Conference, Center for Study of Islam & Democracy (CSID), di Marriot Wardman Park Hotel, Washington, memuji-muji Anwar Ibrahim sebagai hero baru dunia kini.

21.”Tonight, I am on the same platform as Anwar Ibrahim. The best part of being in my line of work is the people you get to meet, the heroes of our time. Anwar Ibrahim is a hero of our time,” – Lorne Craner.

22. Tidaklah aneh kepada Amerika untuk memuji mana-mana pemimpin yang disukai dan mengecam mana-mana pemimpin yang tidak disukai. Biasanya, yang dikecam akan berakhir dengan penyudah yang tragis seperti Saddam Hussein di Iraq suatu ketika dahulu.

BAGAIMANA IRI MEMPROMOSIKAN DEMOKRASI DI MALAYSIA?

23. Sekurang-kurangnya dua buah NGO politik diketahui mendapat dana daripada IRI iaitu Merdeka Center dan MAFREL. Kedua-dua NGO ini mempunyai hubungan yang rapat dengan pembangkang di Malaysia. Merdeka Center ialah NGO yang menjalankan kajian berkaitan demokrasi di Malaysia manakala MAFREL dikenali sebagai pemantau pilihanraya.

24. MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections) diketuai aktivis reformasi, Abd Malek Hussin dan dibantu oleh Syed Ibrahim Syed Noh, bekas pemimpin Jemaah Islah Malaysia (JIM) selaku Timbalannya.

25. Dalam satu berita bertajuk “MAFREL SEEKS RM5.7MIL GOVT FUND” yang dimuatnaik dalam laman web rasmi BERSIH 2.0 bertarikh 30 Nov 2007, Abd Malik Hussin mengakui MAFREL menerima dana daripada IRI, yang diakui kemudiannya oleh editor bahawa IRI menerima dana daripada kerajaan Amerika Syarikat.

26. Merdeka Center pula, selain mendapat dana langsung daripada IRI, ia turut mendapat dana daripada The Asia Foundation dan Fredrich Naumann Foundation (FNF) yang turut berperanan mempromosikan demokrasi khususnya di rantau Asia Pasifik.

BAHAGIAN PENTING - 2.6 BILION VS PROJEK DEMOKRASI YAHUDI

27. Berbanding Anwar dan pembangkang sendiri yang sentiasa berdolak dalih dalam menyatakan sumber kewangan mereka, Najib Razak dilihat lebih telus apabila menubuhkan task force untuk menyiasat dakwaan SR berhubung wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

28. Siasatan ini akhirnya membawa kepada pengesahan daripada SPRM bahawa wang tersebut ialah dana pilihan raya yang disumbangkan oleh penderma daripada Timur Tengah terus kepada Najib tanpa mendedahkan identi sebenar penderma tersebut.

29. Berbanding Anwar yang mendapat dana daripada Barat khususnya Amerika Syarikat, Najib menerima dana daripada Timur Tengah (dunia Arab) atas pelbagai faktor seperti hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan negara-negara Arab dan agama Islam sebagai tunjang negara ini yang dipelihara dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional sejak sekian lama.

30. Berbanding Anwar dan pembangkang yang menerima dana atas nama demokrasi, derma atau sumbangan yang diterima Najib Razak sebenarnya lebih bersifat kepercayaan, penghormatan dan penghargaan kepada kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tersendiri (demokrasi berparlimen, Raja berperlembagaan) yang tidak diamalkan di negara-negara demokrasi yang lain.

31. Amalan demokrasi di Malaysia sehingga kini tidak meminggirkan Islam berbanding demokrasi Barat yang turut mempromosikan kebebasan mutlak seperti LGBT, pluralisme dan liberalisme akidah yang melampaui batas-batas Islam.

KESIMPULAN

32. Kesimpulan ini harus ditutup dengan persoalan berikut : Jika Anwar benar-benar hero di kaca mata dunia khususnya Barat sehingga diangkat sebagai tokoh pemimpin Islam era baru, kenapa penderma Timur Tengah tidak menyalurkan derma kepada beliau dan pembangkang yang ketika itu turut dianggotai PAS sebagai sebuah parti Islam, sebaliknya mereka memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional? Dan kenapa NED memilih menjalin kerjasama dengan Anwar dan proksi-proksinya untuk menyalurkan dana atas nama demokrasi. Kenapa NED tidak memilih Najib Razak, UMNO dan Barisan Nasional?