Friday, 7 April 2017

RUU355 TAK PENTING,TAK KISAH HILANG PENGUNDI ISLAM, RAFIZI DIKECAM




Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.

Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.

Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.

"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.
"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.

"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.

Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.

"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam.

Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi,"
kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.

"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.

"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.

"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.

Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat,  keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang  selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.
Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.

Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.

"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.
Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).

Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.
Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.

‘Gangguan’ itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.

Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.

Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.

Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.

Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.

Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.

“Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar,” katanya.-7/4/2017

Sumber - http://www.agendadaily.com

Thursday, 6 April 2017

TIDAK PERLU RUU355, DAP TETAP MENANG TANPA UNDI ORANG ISLAM



6 APRIL: Selepas 30 minit ahli-ahli parlimen pembangkang cuba menghalang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, akhirnya Ahli Parlimen PAS Marang itu dapat membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang cuba mengganggu Hadi akan diarah keluar Dewan.

Terdahulu, Presiden PAS itu bangun untuk memulakan pembentangan tetapi dalam masa Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat mempersoal tindakan Speaker kerana menolak notis yang dihantar pada 17 Februari lalu dengan alasan penolakan tersebut sepatutunya dibuat oleh Setiausaha Dewan Rakyat, bukannya Speaker.

Selepas Pandikar menjawab persoalan Kit Siang, ahli parlimen pembangkang lain turut bangun dengan peraturan sama berkeras mahu menghalang Hadi daripada membentangkan RUU 355 meskipun dihalang Pandikar Amin.


Antaranya, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PKR Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, P.Kasthuriraani.

Sebaliknya, ahli parlimen pembangkang Melayu sama ada dari PKR dan PAN hanya diam membisu dengan membiarkan rakan sekutunya bangun menentang dan terus mengasak Speaker serta ahli parlimen Marang tersebut.

Dalam keadaan Dewan tegang ahli parlimen PAS Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan turut menyatakan peraturan mesyuarat atau ‘Point Of Order’ dengan membangkitkan  dokumen mahkamah pada satu kes yang difailkan dimana hakim Asmadi Mohamad telah memutuskan tiada mana-mana ahli parlimen pun boleh dihalang untuk berbahas mengikut peraturan mesyuarat 49.

Namun, tindakan Takiyuddin itu membuatkan ahli parlimen pembangkang lain berang, dan Gobind terus bangun sekali lagi menyatakan ‘Point Of Order’, namun ditolak Speaker.

Pandikar Amin juga bertindak mengetuk tukul beberapa kali bagi mententeramkan Dewan.
Begitu juga Kit Siang yang bangun menyentuh sentimen politik dengan mempersoal sama ada MIC, MCA dan GERAKAN menyokong tindakan kerajaan membenarkan Abdul Hadi membentang RUU 355 itu.

Bagaimanapun, tindakan itu diselar Speaker dengan memberi amaran supaya Kit Siang tidak mengulangi tindakannya yang menyentuh sentimen politik dalam Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mewakili penyokong kerajaan bangun bertindak mempertahankan Speaker dan Hadi.

“Tak payah dilayan mereka-mereka ni, teruskan sahaja,” tempiknya.
Dilihat separuh daripada menteri kabinet turut hadir bagi mendengar pembentangan Abdul Hadi termasuklah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sekitar Parlimen juga sesak sejak awal pagi dengan jumlah pengunjung bertambah untuk melihat sendiri RUU 355 yang jadi polemik sejak beberapa tahun lalu dibentang di Dewan Rakyat oleh Hadi.

Tuesday, 21 March 2017

MAHATHIR PENGHASUT TIDAK DIPERLUKAN DI JOHOR


MERSING: Sultan Johor menasihatkan pihak berkepentingan politik yang cuba memecah belahkan rakyat Johor supaya menghentikan segera perbuatan itu.

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tahu apa yang baik untuk rakyatnya dan tidak memerlukan campur tangan orang luar.

Malahan, baginda juga meminta anak Johor sendiri supaya tidak bertindak sehingga memecah belahkan rakyat negeri itu.

"Orang luar Johor saya nasihatkan sama ada bukan politik atau politik jangan campur hal Johor. Saya tahu apa yang baik untuk rakyat saya.

Saya pandang rakyat saya bukan daripada segi politik... sebagai rakyat. "Saya sayang rakyat saya. Bila orang luar datang Johor memecah belah orang Johor atau orang Johor yang duduk di Kuala Lumpur balik ke Johor, yang ada kepentingan politik dan memecah belahkan, bolehlah berambus.

Kamu tidak dialu-alukan di sini. Bila cita-cita mereka tak tercapai, yang rugi adalah rakyat," titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, lusa.

Walaupun tidak menyatakannya, ia dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang mengkritik projek pembangunan Forest City, mempersoalkan status hak milik tanah dalam projek perumahan di situ dan dakwaan kononnya warga China yang membeli rumah boleh menjadi warga Malaysia.

Malah, Dr Mahathir menyiarkan rakaman gambar beliau ketika kunjungannya ke Forest City bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam blognya dan disiarkan oleh beberapa portal berita.

Ditanya mengenai kemungkinan rakyat tidak memahami kerana diputar belit mengenai perkara itu, Sultan Ibrahim berkata: " Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ."

BUKTI ! DAP NAK MENJAHANAMKAN MALAYSIA !!



KUALA LUMPUR 20 Mac – Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sebagai contoh, pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin Pas, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID). 

“Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil-wakil DAP ini, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu.
“Selain RAPID, pem­bangkang cuba men­sabotaj projek Lynas di Kuantan, Pa­hang. Mereka ber­demonstrasi di ha­dapan pejabat Pe­su­ruhjaya Tinggi Aus­tralia di Kuala Lum­pur. Malah, Ahli Par­limen Kuantan da­ripada PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan Lynas dan menggunakannya sebagai modal politik kempen pilihan raya umum. Namun sekarang, isu Lynas sudah senyap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.
Sehubungan itu, Cheng Guan menya­rankan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara supaya melihat undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat tersebut­ supaya tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

“Ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kemajuan serta pembangunan negara tercinta ini.
“Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan keusahawanan sama ada dalam industri kecil atau sederhana, industri perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan tidak akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk mensabotaj ekonomi negara,” ujarnya.

Sunday, 19 March 2017

MALAYSIA AKAN GAGAL JIKA RUU 335 DILAKSANAKAN


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting apabila ditanya media mengenai pendirian partinya yang menolak langkah PAS membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu terdahulu ditanya sama ada DAP masih belum memahami penerangan PAS bersabit pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 itu.

“Pendirian kita, PAS yang tidak faham penerangan yang diberikan oleh G25 dan lain-lain sarjana Islam bahawa ini bertentangan dengan perlembagaan,” katanya dalam nada sedikit tegang ketika menjawab soalan pihak media sewaktu sidang medianya, sebentar tadi.

Malah Kit Siang juga bertanya wartawan yang menanyakan soalan tersebut mewakili agensi media dari mana.

“Mengenai PAS, anda tanya PAS lah. Saya bukan PAS, saya DAP,” katanya lagi.
Keadaan bertambah tegang apabila seorang wartawan kemudian bertanya, mengapa DAP tidak menggesa pembangkang untuk mengundi ‘tidak’ RUU itu terlebih dahulu dan bukan meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.

“Tidak.. tidak, anda tidak perlu lihat pihak pembangkang, anda perlu lihat kepada 133 (ahli parlimen BN sebab mereka majoriti),” katanya mengelak sambil meninggikan suara.

Terdahulu dalam sidang media itu, DAP menggesa MCA dan Gerakan menyatakan pendirian mereka bersabit RUU tersebut.

Parti itu mempersoalkan sama ada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha Datuk Ong Ka Chuan dan juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong akan meletak jawatan jika usul PAS itu diluluskan di Parlimen.AP