Tuesday, 21 March 2017

MAHATHIR PENGHASUT TIDAK DIPERLUKAN DI JOHOR


MERSING: Sultan Johor menasihatkan pihak berkepentingan politik yang cuba memecah belahkan rakyat Johor supaya menghentikan segera perbuatan itu.

Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, baginda tahu apa yang baik untuk rakyatnya dan tidak memerlukan campur tangan orang luar.

Malahan, baginda juga meminta anak Johor sendiri supaya tidak bertindak sehingga memecah belahkan rakyat negeri itu.

"Orang luar Johor saya nasihatkan sama ada bukan politik atau politik jangan campur hal Johor. Saya tahu apa yang baik untuk rakyat saya.

Saya pandang rakyat saya bukan daripada segi politik... sebagai rakyat. "Saya sayang rakyat saya. Bila orang luar datang Johor memecah belah orang Johor atau orang Johor yang duduk di Kuala Lumpur balik ke Johor, yang ada kepentingan politik dan memecah belahkan, bolehlah berambus.

Kamu tidak dialu-alukan di sini. Bila cita-cita mereka tak tercapai, yang rugi adalah rakyat," titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam dalam temubual eksklusif bersama agensi media di bawah Media Prima Berhad baru-baru ini, sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor, lusa.

Walaupun tidak menyatakannya, ia dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia yang mengkritik projek pembangunan Forest City, mempersoalkan status hak milik tanah dalam projek perumahan di situ dan dakwaan kononnya warga China yang membeli rumah boleh menjadi warga Malaysia.

Malah, Dr Mahathir menyiarkan rakaman gambar beliau ketika kunjungannya ke Forest City bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam blognya dan disiarkan oleh beberapa portal berita.

Ditanya mengenai kemungkinan rakyat tidak memahami kerana diputar belit mengenai perkara itu, Sultan Ibrahim berkata: " Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ."

BUKTI ! DAP NAK MENJAHANAMKAN MALAYSIA !!



KUALA LUMPUR 20 Mac – Pe­mimpin DAP merupakan yang paling aktif mensabotaj ekonomi negara hingga sanggup menghantar wakil mereka ke luar negara dengan tujuan memburuk-burukkan imej Malaysia dan kerajaan.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkata, sebagai contoh, pada 18 Julai 2013, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Tan Hong Pin; ADUN Tangkak, Ee Chin Li; ADUN Bentayan, Chua Wee Beng dan bekas pe­mimpin Pas, Mazlan Aliman pergi ke Taiwan untuk memprotes penyertaan Kuokuang Petrochemical Technology Co. (KPTC) daripada melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID). 

“Akibatnya, sebulan selepas protes diadakan di Taiwan oleh wakil-wakil DAP ini, KPTC menarik diri daripada melabur di RAPID atas sebab tertentu.
“Selain RAPID, pem­bangkang cuba men­sabotaj projek Lynas di Kuantan, Pa­hang. Mereka ber­demonstrasi di ha­dapan pejabat Pe­su­ruhjaya Tinggi Aus­tralia di Kuala Lum­pur. Malah, Ahli Par­limen Kuantan da­ripada PKR, Fuziah Salleh juga antara yang kuat membantah pembangunan Lynas dan menggunakannya sebagai modal politik kempen pilihan raya umum. Namun sekarang, isu Lynas sudah senyap,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, perbuatan mensabotaj ekonomi harus dihentikan oleh mana-mana pi­hak demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, tindakan sedemikian tidak wajar diteruskan walaupun golongan berkenaan mempunyai perbeza­an pendapat politik.
Sehubungan itu, Cheng Guan menya­rankan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara supaya melihat undang-undang yang bo­leh dikenakan ke atas pengkhianat tersebut­ supaya tindakan men­­sabotaj ekonomi ne­­gara tidak lagi berlaku pada masa akan datang.

“Ini kerana tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab mereka mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap kemajuan serta pembangunan negara tercinta ini.
“Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan, latihan keusahawanan sama ada dalam industri kecil atau sederhana, industri perkhidmatan dan aktiviti ekonomi lain hasil daripada pelaburan tidak akan wujud sekiranya pembangkang berjaya dalam agenda jahat mereka untuk mensabotaj ekonomi negara,” ujarnya.

Sunday, 19 March 2017

MALAYSIA AKAN GAGAL JIKA RUU 335 DILAKSANAKAN


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting apabila ditanya media mengenai pendirian partinya yang menolak langkah PAS membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu terdahulu ditanya sama ada DAP masih belum memahami penerangan PAS bersabit pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 itu.

“Pendirian kita, PAS yang tidak faham penerangan yang diberikan oleh G25 dan lain-lain sarjana Islam bahawa ini bertentangan dengan perlembagaan,” katanya dalam nada sedikit tegang ketika menjawab soalan pihak media sewaktu sidang medianya, sebentar tadi.

Malah Kit Siang juga bertanya wartawan yang menanyakan soalan tersebut mewakili agensi media dari mana.

“Mengenai PAS, anda tanya PAS lah. Saya bukan PAS, saya DAP,” katanya lagi.
Keadaan bertambah tegang apabila seorang wartawan kemudian bertanya, mengapa DAP tidak menggesa pembangkang untuk mengundi ‘tidak’ RUU itu terlebih dahulu dan bukan meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.

“Tidak.. tidak, anda tidak perlu lihat pihak pembangkang, anda perlu lihat kepada 133 (ahli parlimen BN sebab mereka majoriti),” katanya mengelak sambil meninggikan suara.

Terdahulu dalam sidang media itu, DAP menggesa MCA dan Gerakan menyatakan pendirian mereka bersabit RUU tersebut.

Parti itu mempersoalkan sama ada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha Datuk Ong Ka Chuan dan juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong akan meletak jawatan jika usul PAS itu diluluskan di Parlimen.AP