Sunday, 19 March 2017

MALAYSIA AKAN GAGAL JIKA RUU 335 DILAKSANAKAN


KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang melenting apabila ditanya media mengenai pendirian partinya yang menolak langkah PAS membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu terdahulu ditanya sama ada DAP masih belum memahami penerangan PAS bersabit pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355 itu.

“Pendirian kita, PAS yang tidak faham penerangan yang diberikan oleh G25 dan lain-lain sarjana Islam bahawa ini bertentangan dengan perlembagaan,” katanya dalam nada sedikit tegang ketika menjawab soalan pihak media sewaktu sidang medianya, sebentar tadi.

Malah Kit Siang juga bertanya wartawan yang menanyakan soalan tersebut mewakili agensi media dari mana.

“Mengenai PAS, anda tanya PAS lah. Saya bukan PAS, saya DAP,” katanya lagi.
Keadaan bertambah tegang apabila seorang wartawan kemudian bertanya, mengapa DAP tidak menggesa pembangkang untuk mengundi ‘tidak’ RUU itu terlebih dahulu dan bukan meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk berbuat demikian.

“Tidak.. tidak, anda tidak perlu lihat pihak pembangkang, anda perlu lihat kepada 133 (ahli parlimen BN sebab mereka majoriti),” katanya mengelak sambil meninggikan suara.

Terdahulu dalam sidang media itu, DAP menggesa MCA dan Gerakan menyatakan pendirian mereka bersabit RUU tersebut.

Parti itu mempersoalkan sama ada Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha Datuk Ong Ka Chuan dan juga Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong akan meletak jawatan jika usul PAS itu diluluskan di Parlimen.AP

No comments:

Post a Comment